Assalamualaikum wbt. Selamat hari raya warga krt. Apa yg ingin saya coretkan hari ini mungkin agak panjang tetapi niat di hati adalah utk meluahkan apa yg terbuku di hati. Saya seorg isteri, mempunyai seorg anak. Kisah awal perkenalan bersama suami, kami berkenalan seawal saya belum menghabiskan sekolah lg. dia bukanlah sorg yg baik (sejujurnya). Solat dan puasa ntah kemana. Perempuan keliling pinggang, ntah apa yg saya fikirkan masa itu. Saya sanggup menerima segala kesalahan dan memaafkan walaupun mengetahui yg dia akan mengulangi perbuatannya lagi. Walau ada seribu lelaki yg lbh baik ingin mendekati, namun saya menolak mereka secara baik kerana syg kan suami. Saya seorg pelajar ijazah lepasan universiti awam manakala suami diploma di universiti swasa. Berbagai dugaan yg dilalui oleh saya dan saya gigih mempertahankan hubungan kami.
Sehingga kami bertunang pd 6 thn lps, saya lihat perangai suami semakin berubah ke arah yg baik (dr segi perempuan), solat dan puasa masih sama, diabaikan nya. Saya berdoa semoga allah lembutkan hatinya utk berubah dan nekad ingin mengubahnya.
Kami berkahwin setahun kemudian dgn restu kedua ibu bapa dan mertua. Mertua saya sgtlah baik, penyabar, dan sentiasa ada di kala saya memerlukan mereka. Ckup saya katakan, saya amat bersyukur mendapat kedua mertua yg baik. Semoga syurga buat kalian, aminn.
Saya bekerja dgn gaji sebanyak 6k manakala suami spt biasa, bertukar2 tempat kerja dan akhirnya mengambil keputusan utk bekerja sendiri atas dasar minat pd dunia perniagaan. Saya banyak menyokong beliau dr segi kewangan dan moral namun segalanya boleh dikatakan sia2 kerana perniagaan suami banyak down drpd up. Mertua saya kata mungkin kerana keberkatan dan redha dr allah kurang kerana suami jarang mengingati allah. Lagi sekali, habis simpanan saya kerana membantu suami.
Sepanjang perkahwinan saya, suami jarang sgt menyentuh saya selepas saya mengandung dan melahirkan anak suami lbh kerap melayan video luc*h dan memuaskan n*fsunya sendiri. Bila ditanya apa yg kurang, dia menjawab dia letih. Ya, sgt berkecil hati tp apakan daya. Sekali lg, saya hanya mampu berdoa pd allah swt.
Kemuncaknya adalah pada satu ketika, suami meminta izin utk bekerja di ibu kota (saya di selatan tanah air). Saya memberi keizinan dan sepnuh kepercayaan kerana memikirkan pengorbanan dan kewangan kami sekeluarga.
Tak sampai sebulan di sana pecah tembelang suami apabila saya mengetahui dia diperas ugut oleh seseorang melibatkan jumlah duit yg banyak. Selidik punya selidik, rupanya suami berkenalan dengan sepasang suami isteri di atas talian dan suami dijemput ke rumah mereka utk suami mengadakan hubungan sek* bersama isteri org tersebut. Found out that suami isteri tersebut merakam segala gambar suami dan mengugut utk menyebarkan gambar tersebut kpd keluarga suami. Jatuh terduduk saya mengenangkan anak yg masih kecik dan segala pengorbanan yg telah saya lakukan semua nya utk sang suami. Ternyata segala penat lelah, segala perbelanjaan yg ditanggung semuanya sia2.
Permasalahan ini saya sembunyikan dr keluarga saya kerana ingin menjaga aib suami hanya kedua mertua saya shj yg mengetahui tentang perkara ini. Tapi, suami bersungguh2 memujuk dan taubat nasuha. Menangis2 dia memohon ampun dan saya nampak perubahan pd diri nya walaupun hati saya sudah sgt tawar dan mertua juga mengizinkan utk bercerai dan menyerahkan hak penjagaan anak kpd saya. Saya memohon petunjuk allah dan saya masih di sini sebagai isteri kpd suami saya. Kewangan suami semakin meruncing, dan saya masih membantu beliau ketika dia jatuh ini.
Duit dan emas habis digadaikan utk membantu nya. Namun, saya lihat perangai nya semakin kembali kpd perangai lama (bukan bab perempuan, namun bab melambat2 kan solat, semakin lalai, semakin sambil lewa). Ya allah, adakah istikharahkan baru terjawab pd waktu skrg slps 2 bulan suamiku menunjukkan belangnya? Saya buntu namun memikirkan keadaan anak, saya cuba utk bertahan kerana anak sgt sayangkan ayahnya. Doakan semoga suami saya istiqomah dlm perubahannya dan semoga saya kuat menempuh segala ujian dr allah kerana syurga mahal harganya. Terima kasih..




