as salam min dan warga krt. Saya baru 3 minngu diceraikan suami dengan talak satu. Kami bercerai cara baik depan hakim. Sebelum cerai saya dah puas pujuk dia. Saya dah bagi tahu dia saya tak nak cerai sebab anak masih kecil dan saya tengah hamil 3 bulan. Tapi dia nak jugak saya terpaksa ikut kemahuan dia. Dia bagi tahu saya jangan paksa hati dia untuk sayang saya Allahuakbar Hancur hati saya. ibarat saya yang buat salah. Padahal dia selama ni curang dengan saya lebih dari 3 kali.
Dia abaikan perasaan saya sebagai isteri dia. Sedih tu tak payah cakap smpai sekarang saya sedih menangis sebab saya fikir nasib anak saya sama seperti saya hilang kasih sayang yang sempurna. Saya dah janji dalam hidup saya sebelum ni saya nak anak2 saya sempurna kasih sayang tidak sama nasib seperti saya di besarkan atuk dan nenek. Sekarang ni saya dalam eddah la hingga bersalin. Saya masih tinggal serumah dengan dia sebab saya tak ade adk bradik.
Saya ni ibarat sebatang kara di negeri orang. Kami sekarang ni asing2 bilik. Saya dah cuba nak move on cuma perlukan masa sebab saya terlalu berharap dengan dia sebelum ni yang dia pelindung saya. Dia la tempat saya bermanja. Dia la tempt saya tumpang bahu masa sedih. Tapi takdir Allah tu lagi hebat. Sumpah saya tengok anak saya menangis sebab dia terlalu kecil untuk hilang kasih sayang seorang ayah Tambah2 lagi dalam perut ni tak kan kenal ayah dia.
Buat masa ni suami saya langsung tidak berubah. Langsung tidak menyesal ceraikan saya. Saya mati akal fikir macam mana nak sara anak saya dua orang dekat sini walaupun saya bekerja. Nak harapkan dia memang tak kan la sebab dia sekarang ni pun semua lepas dekat saya. Saya kahwin dengan dia pun dia duda anak 4. Saya ikhlas terima dia sebab saya pegang janji dia yang dia nak jaga saya dan lindungi saya.
Nak cakap saya bodh pun cakap la sebab saya memang bodh. Saya sayang dia lebih dari diri saya sendiri. Tolong doakan saya kuat untuk lupakan dia. Doakan saya kuat besarkan anak2 saya tanpa ayah disisi dorang dan doakan saya kuat hadapi liku2 sebagai ibu tunggal.




