assalammualaikum , admin tolong hide profile yer. saya cuma nak bercerita mengenai family mertua dan biras saya. cerita macam nie, saya baru berkahwin dgn suami saya bln 7 tahun lepas, dan bakal dikurniakan zuriat tahun ni, nak di jadikan cerita, sepanjang perkahwinan saya dan suami tinggal dirumah mertua, layanan ayah mertua sangat baik, tapi layanan ibu mertua, sangat mengecewakan, ibu mertua saya jenis yang nak kan perhatian, dan suka complain, sepanjang saya tinggal di rumah dia, selalu dia cakap, barang dia jangan kacau, jangan nak pandai2 sentuh, tapi masalah dia , selama saya tinggal di rumah tu, semua kerja saya buat, disebabkan saya tak bekerja, bila memasak, complain makanan tu pedas, padahal dia tak rasa lagi pun, complain tak kena dengan selera dia, padahal dia baru ja bau, bila kemas rumah, dia cakap pandai2 menyimpan barang dia.
sampai la satu hari, saya tak sihat, jadi tak keluar bilik, nak masak, selalu lepas subuh saya dah masak, breakfast dan masak tengah hari, sambil2 kemas rumah, tapi ibu mertua cakap dengan suami yang saya ni sengaja mengada tak nak masak dekat dia, sebab ada hari tu saya dengan suami ada dalam bilik, tapi ibu mertua ingat saya dan suami keluar rumah dan dia tengah membawang pasal saya dekat ayah mertua, dia cakap saya yang ajak suami keluar la, keluar rumah tak bagitau la, beli barang sorok dalam bilik tak tunjuk dekat dia, cakap suami dah tak bagi duit belanja la, padahal suami dah bagi dekat ayah mertua dan selama kami duduk situ kami yang beli barang dapur, mula2 suami macam tak percaya yang ibu dia sendiri membawang saya, last2 dia dengar sendiri.
semakin hari semakin banyak yang keluar dari mulut ibu mertua, dan saya hari2 berteman kan air mata, bila suami balik, saya banyak diamkan diri, tak bercerita langsung apa yang saya dengar disiang hari, ibu mertua selalu cakap yang anak dia dah berubah, dah kena guna2 mungkin, maklumla suami saya yang bongsu, bila suami masuk bilik, jmpa saya, dipanggil, walaupun tengah2 malam, kadang kesian dengan suami , tak sempat rehat, walaupun dah sepetang dengan ibu nya.
suatu hari, akhirnya meletup juga pendam di dada saya mengadu dengan suami dan hari tu juga hari saya berbalas mulut dengan ibu mertua, saya tanya kesalahan apa yang saya buat, tak puas hati apa lagi, selama saya tinggal situ, tak dihargai pengorbanan saya, dan suami akhirnya ajak saya balik rumah ayah dan mak saya, saya terlampau tekanan, sampai setitis air mata pun tak mengalir.
Alhamdulillah bila dah keluar dari rumah tu, hati saya lapang, suami pun cakap baru nampak perangai saya yang ceria. sekarang kami dah tinggal sendiri, asing dari family, tapi ibu mertua masih dengan perangai nya, selalu nak anak dia dengan dia, padahal dalam seminggu 3 ke 4 kali suami saya balik jenguk dia, di katanya saya mengongkong anak nya padahal suami dah bagitahu yang suami kengkangan masa, balik kerja kalau ada hal tak singgah rumah ibu mertua, mesti dikatanya, cuma dengan saya dah berubah sikit, bila dapat tahu yang dia nak dapat cucu, baru la sibuk2 suruh balik sana tinggal dengan dia, maaf la hati dah tak selesa, kadang ayah mertua sampai tekanan dengar dia membawang apatah lagi saya yang dibawangkan.
pasal biras pula, selalunya biras perempuan la kan yang banyak membawang, saya ni kahwin cepat , dalam sebulan bertunang lepas tu terus akad nikah, tapi kami lambat dpt zuriat, penantian selama 8 bulan baru saya disahkan mengandung, tapi biras saya yang seorang tu, dia buat cerita, yang kami ni nikah cepat sebab saya ni ada isi, dan dikatanya saya mengandung kali ni anak ke dua la, sebab yang hari tu gugur. entah dari mana la biras saya ni pandai buat cerita, dicanangnya habis dekat biras2 ipar duai yang lain, saya tak tahu cerita sebenar, sebab yang cerita balik dekat saya, suami saya sendiri, dia yang ada masa diorang tengah membawang, sampai la raya hari tu, ipar saya tanya, nak boleh pula ka? agak hairan dekat situ, dan suami saya tengah dengar, dia balas, yang sulung, bila yang ada lagi? terdiam ipar saya tu. Indah kabar dari rupa, dan talam dua muka. Alhamdulillah, mujur la suami saya jenis yang mendengar dan memahami, dan setiap teguran dapat saya buat teladan.
cuma saya ni, hati dah tak selesa dan tak tenteram bila teringatkan apa yang dibawangkan pasal saya, dan macam mana ya nanti berpantang di rumah mertua, bila mana layanan ayah mertua sangat baik, tapi teringatkan layanan ibu mertua tu, bertahanakah saya dari segi emosi dan batin. bersabarkah saya kalau makcik2 bawang datang melawat baby, emm




