Salam semua.. Saya nak tanya pada akak2 abang2 yg dah jadi mertua dan para suami. Mungkin pemahaman atau didikan saya masih tak sempurna. Saya nak tahu. Tak wajar ke mak ayah isteri dapat layanan atau dengan kata lain si suami kasih atau ambil berat tentang perasaan mak bapa mertua dia?
Tentang rumah tangga saya.. Suami seorang familyman. Baik dengan orang tua dia, adik beradik dan kaum kluarga dia. Tapi lain dengan keluarga saya. Saya dah berkahwin hampir 6 tahun. Sehingga hari ini dah setahun 4 bulan suami tak jenguk mak ayah saya. Masa tu pun datang sekejap tak sampai 1 jam. Alhamdulillah dia masih bagi saya balik kampung sendirian. Raya pun asing. Pernah sekali 3 tahun lepas saya balik raya sekali itupun raya ke 4. Seronoknya hati saya balik dengan suami. Tapi tak sampai 1 hari adik beradik dia call plan nak buat makan2. Tergesa2 balik macam ada yang dah nazak. Raut wajah mak ayah saya sedih walaupun mak selalu cakap tak apa. Mak abah cukup anak perempuan dia saja yang balik pon takpa. Tapi saya tahu mak sedih.
Suami saya tak nak balik alasan tak selesa dirumah mak saya. Rumah kami kecil. Teres. Setiap kali saya balik sendiri banyak alasan yang saya bagi kalau saudara mara saya tanya. Sampai saya tak nak jumpa sebab saya segan tak tahu nak jawap apa.
Suami saya, Tapi bila keluarga dia. Walaupun mak cik atau nenek jauh pon dia sanggup pergi dan mbil cuti. Saya ikot saja. Saya layan keluarga dia baik. Tapi sampai 1 tahap saya dah malas naik join aktiviti keluarga dia sebab hati saya dah tawar. Saya ada pon ibarat tempat dia nak suruh itu ini saja. Saya ada tak ada sama saja bagi dia. Saya nak dia pulak jawap dengan family dia mana saya. Sebab saya dah penat bila orang tanya mana suami setiap kali saya balik kampung.
Saya nak tau. Patut ke dia buat mak ayah saya macam. Saya betul2 tawar hati dengan sikap suami saya.



