Salam pada semua ahli krt Saya seorang isteri dan seorang ibu. Hubungan saya dan suami saya ok cuma saya rasa saya kurang dapat perhatian seperti wife2 yang lain dan Sekarang ni masalah saya saya terlalu cemburukan kebahagian rakan sekerja saya. Saya cemburu kebahagian rumahtangga mereka. Saya selalu follow fb dan ig wife rakan saya tu. Saya cemburu tengok mereka setiap kali cuti sekolah pasti mereka pergi holiday. Pastu post gambar yang sweet. Rakan saya ni mempunyai anak 3 orang. Start bulan mac yang lepas saya mula rapatkan diri saya dengan rakan saya ni. Saya rapat dengannya supaya rakan saya ni boleh beri perhatiannya pada saya macam mana wife dia dapat. Dan saya nak wife dia rasa cemburu seperti mana saya rasa.
Mula2 saya wujudkan group whatsapp team kerja kami. Atas tujuan saya nak tengok rakan saya ni jenis layan whatsapp tak. Lepas saya tengok rakan saya ni rancak layan whatsapp dalam group.
Saya cuba beranikan diri untuk whatsapp personal dengannya walaupun kadang2 benda yang tak logik saya whatsapp. Saya memang sengaja nak buat rakan saya gaduh bila wife nya tengok whatsapp saya. Tapi sayangnya gagal.
Namun Saya cuba cara lain… Saya cuba beranikan diri call rakan saya sedangkan pada hari itu off day team kami. Saya call tepat pada msnya kerana wife dia ada bersama2. Tapi saya masih tak berjaya buat wife dia cemburu. Saya cuba cara lain.. Kali ni kompom wife dia meletop. Pada suatu petang. Saya kerj aopis dengan rakan saya ni. Saya perhati rakan saya kerap call wife dia bile free. Hati saya dah mula rasa sangat2 sakit bila tengok rakan saya ni ketawa2 masa berbual2 di telifon bersama wifenya. Saya cuba ganggu perbualan mereka sedangkan mereka tengah rancak berbual. Saya sengaja buat suara menggoda Biar wife dia dengar dan rasa cemburu Hihihi Alhamdulilah akhirnya saya berjaya buat wife dia cemburu bila saya tengok wife dia upadaate di fb ig.
Sepanjang tempoh saya menggoda rakan saya ni, memang nampak rakan saya ni layan saya atas dasar saya rakan 1 team. Cuma saya yang tak berputus asa untuk jatuhkan kebahagian rumahtangga mereka. Sekarang ni rakan saya tu dah tahu niat dan tujuan saya selama ini. Jadi apa perlu saya buat?