Asalamualaikum admin. Saya seorang guru, suami pula seorang guru agama di salah sebuah tahfiz. Saya sudah 10 tahun berumah tangga. Akhirnya saya hamil anak pertama kami. Suami saya seorang suami saya yang baik, solat 5 waktu. Penyayang2, bertanggungjawab, yang pasti layanan semua perfect. Suami saya juga sangat baik pada keluarga saya. Melayan ibu bapa saya seperti ibu bapanya sendiri.
Selepas saya melahirkan anak, suami memerikan layanan lebih sangat. Sampai saya tidak dibernarkan buat apa2 kerja. Saya hanya baring dan susukan anak saja. Semua kerja suami yang buat sampailah habis tempoh bercuti. Cuma satu masalah suami, dia tidak membenarkan saya membawa anak ke hospital untuk vaksin anak kami. Katanya mereka keturunan kuat, tidak perlu di vaksi pun akan sihat, suami saya cakap zaman nabi dulu2 pun tiada vaksin semua sihat2 belaka.
Pernah sekali saya cakap pada suami. Saya teringin nak vaksin anak. Atas nasihat kawan2 dan keluarga saya. Namun suami kata kalau saya berani bawa anak ke vaksin suami akan ceraikan saya talak 3 tapi masalahnya secara senyap2 saya bawa anak saya untuk di vaksin di salah sebuah hospital kerajaan. Suami saya tidak tahu pasal ini dan saya akan memberikan vaksi pada anak saya sampailah cukup umurnya. Dan sampai saat ini, suami masih tak tahu. Salah ke saya? Saya cuma nak terbaik untuk anak saya.