Hai min, hide profile aku min, tq. Aku dah kahwin setahun. Umur aku 26, suami 29 tahun. Tak ada anak lagi. Suami aku nak anak tapi aku makan ubat perancang senyap2 sebab aku yang tak nak lagi dan Masalah sekarang ni dia kongkong aku habis-habisan, Lepas balik kerja dia tak bagi aku singgah mana-mana walau kedai tepi jalan sekalipun. Keluar dengan kawan, dinner,aktiviti apa pun dia tak bagi aku buat atau pergi. Sabtu ahad kalau dia kena kerja pun dia suruh aku duduk rumah 24jam Kalau aku melawan dia ugut cakap aku boleh berdosa jatuh hukum sebagai isteri derhaka.
Pernah kantoi aku balik kerja singgah2, malam tu teruk aku kena. Lama sikit lepas kejadian tu aku keluar senyap2 hujung minggu dengan kawan aku acah2 la bila dia whatsapp tu aku kat rumah. Kantoi jugak habis aku malam tu sampai demam aku esoknya dia balas dendam. Sampai aku jadi ngeri nak memberontak. Paling kurang pun aku buat muka tempe je sampai dia meluat, masak hangit-hangit, buat air letak gula sikit je, tu jela aku balas dendam, lebih2 aku tak berani. Dia buat aku macam banduan je dalam rumah tu.
Kalau keluar pun balik kampung mak dia. Ada la keluar tengok wayang tapi kalau dah tengah bejalan aku kena pandang depan je tak boleh pandang laki langsung kalau tak dia tuduh aku menggatal! Baik tak payah jalan kalau macamtu!
Tu jela rutin hidup aku sejak kahwin dengan dia! Sampai mak aku merajuk-rajuk dengan aku sebab dah jarang balik. Dia bukan nak balik rumah mak aku. Setakat singgah je. Aku mesra-mesra dengan adik beradik lelaki aku pun dia marah kata aku salah didikan over sangat. Tension la kepala otak aku! Rasa nak mental. Bila aku luahkan konon nak settle dengan cara berkomunikasi nanti kejap je dia kata dah3 takpe la jadi isteri memang susah sikit kat dunia tapi senang kat akhirat lepastu tarik aku atas katil nak berdamai, Seumur hidup aku mak bapak aku bagi kepercayaan penuh kat aku nak pergi kemana-mana pun, percaya je kat aku. Tapi dia… Aku macam dah tak boleh tahan. Aku dah plan nak balik rumah mak aku cerita semua benda, nak dengar apa nasihat mak aku tapi aku tengah kumpul semua point dan kekuatan.. Tq min




