Salam warga krt, saya nak share satu masalah saya. Saya ada satu masalah bila suami ajak saya tidur rumah mak dia. Bila suami ajak tidur rumah mak dia memang saya akan termenung sekejap. Kami dah ada rumah sendiri kenapa perlu tidur rumah orang tua dia lagi ? sedang kan adik bradik dia tak ade pun tidur. Setiap petang kami balik rumah mak dia min sebab rumah mak dia dekat je dengan rumah kami yang jadi masalahnya adalah saya ni tak boleh dengan habuk, debu dan kotoran yang banyak mesti badan akan jadi gatal sampai naik ruam dan akan tergaru2 sampai melecet kulit .
Saya ni seolah2 macam ada sindrom OCD bahagian kebersihan . Kalau dekat rumah memang tak boleh langsung ada kotoran memang saya tak suka . Sebab mak saya memang tegas bab mengemas rumah dan rumah mesti dalam keadaan bersih dan teratur. pembawakan mak saya turun kepda saya . Kebetulan saya ada anak kecil yang sedang proses untuk merangkat dan capai sesuatu didepan mata memang saya akan jaga bebetul la. Yang jadi masalah rumah mak dia penuh dengan habuk, baju bersepah² , lantai penuh dengan kotoran. dapur lagi la penuh dengan sisa mkanan , memang busuk gila smpai nak minum air pun rasa loya tekak.
Masuk je rumah memang mengucap panjang la sebab tak tahu nak start kemas dari mana . Kalau korang rasa nak membawang silakan. Malam yang lepas saya terlupa nak bawak cadar and selimut sendiri and kebetulan kami balik mengejut . Cadar tu saya rasa dah sebulan lebih tak basuh kot sebab berhabuk sangat. so saya pergi basuh tapi sayang dah tak ade cadar lain . So pada malam tu bermula la misi garu mengaru sampai menangis. pada masa yang sama tengok jam bila nak subuh sebab nak mandi , bila bagi tahu dekat suami yang katil ni miang dia marah saya pulak.
Kenapa susah sngt nak faham ? Nak mintak cadar lain pun rasanya sama sahaja sebab cadar tu ada atas almari tanpa letak dalam beg plastik . Kau rasa ?!! habuk takde ke ? Memang sah lagi kotor la , atas almari kot penuh dengan debu. Kalau la saya ni banyk duit nak sangat saya belikan cadar baru, baiki semula dapur biar nampak kemas dan tersusun tapi apakah daya ? duit cukup2 untuk anak beranak sahaja . Mesti ada yang membawang , dah mak dia tu tua kau tolonglah bersihkan . hahaha btw mak dia muda lagi baru 43 tahun . Sihat walafiat dan suka keluar dengan kawan . So takde masa dekat rumah.
Tolong la warga krt saya nak cakap apa dekat suami saya ? dia langsung tak faham yang saya ni memang tak boleh dengan kotoran and debu . Confirm naik gatal dah macam kena ketik ulat bulu . Duk tergaru sana sini memang sakit la bila nak mandi dah subuh ni tapi tak boleh tidur lagi . SubhanaAllah .