Assalam. saya seorang isteri yang sdg sarat mengandung. untuk pengetahuan semua, ini perkahwinan kedua saya bersama suami yang baru. hak jagaan 3 anak hasil perkahwinan sblmnya dpt kat saya dan anak2 dibawah jagaan saya. pada awal perkahwinan saya menjangkakan semuanya akan baik2 sahaja. tetapi apa yang saya harapkan tak seindah mimpi. suami baru saya kurang gemar dengan anak2 saya.
kadang2 saya berbelah bagi antara anak dan suami baru. seringkali juga saya abaikan anak2 demi mengikut kehendak suami. saya kesianakan anak2 saya yang masih memerlukan kasih sayaang saya. suami baru saya juga seorang yang ego dan keras hati. Setiap kali bergaduh saya la yang akan mengalah memujuk dia. walaupun saya sedang sarat hamil seolah2 tak ade kelebihan di pihak saya. dan bile bergaduh dia tak balik ke rumah langsung sampi la saya yang memujuk nya balik.
Dan sekarang ni pun dia tak pedulikan sangat tentang kandungan saya. baru2 ni bergaduh, dia siap cakap takkan blk lg ke rumah. call aje dia nnt klu dh nak bersalin. alangkah terlukanya hati saya. saya merasakan yang saya lgsg tak dihargai. saya dh buatkan loan untuk dia. beri dia tggal di rumah saya tnpa meminta sesen pun. beri dia gunakan kereta saya klu ada apa2 urusan. tp ini balasn dia pada saya. saya dh cuba sehabis baik untuk melayaninya..tp hampa.. ada ke saya perlu bersabar lg sdg kan hati saya sgt2 terluka.. taktau knp hidup saya takpnh bhgia..




