Salam admin & warga KRT.. Hide account saya min, tq. Saya muallaf dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Anniversary saya bulan ni, saya rasa macam fobia, sebab tahun lalu suami saya hadiahkan saya kecurangan di hari anniversary kami. Masa tu saya dalam pantang.. baru 2 minggu kelahiran anak kedua kami. Anak pertama saya masa tu umur setahun, dengan berpantang sendiri, jaga baby baru lahir lagi. tiba2 suami saya jam 7 malam minta izin keluar sekejap untuk jumpa dengan kawan lelakinya. Saya pun benarkan dia keluar,sebab sekejap ja.. lagipun kawan lelaki dia tu ada di sekitar rumah taman tempat kami menyewa.
Setengah jam suami keluar hujan lebat dan kilat guruh diluar menyebabkan saya rasa tidak sedap hati dan Saya hanya mampu peluk erat baby kecil dan anak sulung yang baring di tepi saya. Lepas hampir dua jam, suami sampai rumah. Dia berkelakuan seperti biasa. Saya mulanya tidak syak apa2 lagi..lantas kami tidur. Subuh saya terjaga, dan rasa tak sedap hati lalu cek telefon suami. Betul kata orang, naluri wanita tu kuat terhadap suaminya. Allah bagi nampak kelakuan suami di belakang saya sepanjang hujan lebat malam tadi. Jantung saya macam nak berkecai pun ada tapi saya cuba untuk kuatkan diri.
Lalu saya bangunkan suami subuh2 tu, saya tanya dia kenapa dia buat saya mcm tu. Sanggup dia tinggalkan saya malam tu di rumah untuk jaga anak dua orang kecil dalam tengah saya berpantang.. menipu saya lagi semata2 untuk jumpa perempuan haram tu. Tiba2 air mata saya mengalir deras di depan suami. Inilah hadiah anniversary yang suami saya bagi semalam.. berzna dengan perempuan lain. Saya baca ja perbualan mereka di wechat tu terasa jijik. Murahnya suami saya, sanggup dia bagi saya hadiah macam ni.
Dah hampir setahun berlalu, saya maafkan dia, tapi sukar untuk saya lupakan. Benar kata org tua, jangan sakiti hati isteri.. buktinya suami saya sampai sekarang hidup susah.. hutang banyak, business pun tak maju2.. bak pepatah rezekinya tak masuk2. Saya pun tak ingat pada hari tu adalah anniversary kami sebab sibuk urus diri dan anak2 kecil, keesokan hari selepas kejadian, barulah saya sedar rupanya kemarin hari ulangtahun pkahwinan kami. Betapa hancur hati saya.
Tahun ni saya tak tahu apa lagi hadiah saya dapat. Tapi selama 4 tahun perkahwinan kami, Cuma saya yang beria2 nak sambut anniversary. Apakah yang perlu saya lakukan nanti pada hari anniversary kami bulan august ni? Adakah patut saya buat tak tahu? Atau meraikan seperti biasa? Atau tunggu sahaja apa yang suami buat? Itupun kalau dia ingat anniversary kami.




