salam min. tolong hide fb ni ya. cerita aku mcm ni..aku berkahwin dengan duda anak 3. seorang anaknya dia ambil dan duduk dengan kami. Dulu sebelum kawin dia cakap dia tak nak anak dia tu tapi lepas kawin sibuk pula dia ambil. anak 2 kalau tak ade buat masalah tak ape. ni tiap hari ada je masalah dia buat sampai menyakitkan hti aku. barang aku. duit aku dia ambil. curi. bila aku tido mula la dia buat bising. aku rimas. dah la pengotor. kadg2 tak mandi 2 hari min. dia tggu bapak dia suruh mandi baru dia mandi kalau bpaku dia diam tak mandi la dia berhari2…
umur kalau kecil tak ape min. ini dah 12 tahun. semalam aku gaduh dengan suami pasal dia kurang ajar dengan aku tapi suami sebelahkan anak dia sampai dia pukul aku. sampai sekarang aku tak cakap ape2 dengan suami. pandang muka dia dengan anak dia 2 pun aku tak nak. Rasa meluat menyampah sangat. bukan mak dia tak ade tapi saje menyusahkan aku sampai buat masalah dekat sekolah pun aku yang pergi menghadap cikgu seorqng. Bukan bapa dia. Aku rasa meluat dah sekarang.
Semalam semasa bergaduh aku suruh dia pilih aku ke atau budak tu tapi dia hanya berdiam dan kami dah banyak kali dah aku bergaduh sebab budak ni.. apa perlu aku buat ya min sebab aku sekarang memang tak boleh tengok muka dia dan bapak dia.. aku rasa betul2 menyampah.. patut ke aku keluar rumah dengan anak2 aku masa dia tak ade? bagi korang apa yang perlu korang buat. dia pukul sampai hidung aku berdrah dan pipi aku luka. henset aku pun skrin rosak dia campak..