Hai KRT. Saya pendekkan cerita, saya berkahwin dengan suami pada tahun 2014 dan ada 2 orang anak pada pertengahan 2017 telah berlaku salah faham melibatkan kedua2 belah keluarga dan kami bersetuju untuk bercerai dengan cara baik selepas tidak ada kata sepakat. Sebulan selepas bercerai dalam tempoh eddah, saya dan suami bersetuju untuk rujuk semula tetapi perlukan perbincangan dahulu sebelum naik ke mahkamah.
Suami merayu menangis minta diberi peluang ketiga (Dalam tempoh kahwin suami beberapa kali pukul dan minta peluang berubah dan saya beri peluang yang pertama dan kedua). Suami berjanji akan berubah tidak pukul, jaga hati dan tidak akan biarkan keluarga masuk campur dalam hal rumah tangga kami.
Saya nampak suami ada usaha untuk itu, masuk bulan ketiga tempoh eddah. Saya ada outstation di penang. Saya berkerjasama dengan lelaki yang memang saya kenal tetapi tidak pernah bertegur dengannya.
Selesai kerja kami ada hi tea saya duduk semeja dengan beliau tanpa saya sedari, saya ceritakan hal cerai saya kepada beliau. Beliau beri saya nasihat berpandukan agama dan beliau mengajak saya masuk ke bilik beliau mahu tunjukkan vedio ceramah agama. Saya dan kawan perempuan saya masuk tanpa bersangka buruk. Semasa dalam bilik beliau. Kawan saya minta izin keluar ambil makanan. Selepas itu, lelaki tersebut memeluk saya dari belakang dan cakap, “Kalau jerit saya tuduh awak goda saya”. Saya mengigil dan beliau tarik rambut saya sambil letak jarum di leher saya.
Beliau tarik kain saya dan terus memegang kemaluan saya. Beliau tidak mergol saya, selepas itu beliau tolak saya keluar dari bilik dan saya berlari masuk ke bilik saya. Saya tidak ceritakan hal ini kepada kawan saya walaupun kawan saya berkali2 tanya kenapa ada darah meleleh di leher saya. Tetapi selepas itu seharian saya rindu kepada lelaki tersebut dan malam itu saya datang sendiri kebilik beliau dan kami berhubungan. Saya sedar awal pagi sudah berada dalam bilik saya sendiri. Saya menangis dan rasa bersalah serta takut.
Selepas saya balik dari outstation Saya dan suami duduk bincang di kedai makan sambil berbincang mengenai rujuk kami.
Tetapi allah hendak tunjukkan suami tengah bermesej2 dengan perempuan siap chat manja2 abang2 sayag2 rindu2 hantar gambar sksi dan suami tidak berbaju (Saya hanya sempat lihat tarikh mereka mula mesej beberapa hari selepas kami cerai. Saya dapat rasakan mereka sudah mula berhubung sejak kami bercerai) . Beliau terus merampas telefon dan delete semua mesej mereka.
Bila saya tanya, suami menafikan beliau tiada perasaan langsung kepada perempuan itu. Sekadar suka2 dan mengatakan tidak pernah berjumpa. Sekadar kenal melalui group smule saja. Beliau juga memberikan alasan sunyi dan saya tidak beri perhatian kepada beliau. Menyebabkan beliau mencari teman untuk bermesej. Saya mengamuk dan mengakui cemburu kerana kami dalam proses rujuk dan saya telah usaha untuk buka hati saya semula untuk beliau. Beliau merayu2 mahu diberi peluang yang ke 4 dan berjanji akan usaha untuk dapatkan hati saya semula dan mahu pindah ke rumah saya semula dengan alasan mahu pupuk semula kasih sayang kami lantas rujuk kembali.
Hati saya sakit sagat dan tawar . Untuk makluman, suami seorang yang culas pasal nafkah anak bini. 70% keperluan dibuat oleh saya. Sebelum ini setiap kali diberi peluang suami betul2 berubah tidak buat lagi. Tetapi peluang yang ke 3 saya beri dia sia2 kan dengan mencari perempuan untuk hilangkan sunyi. Saya tidak tahu mereka pernah jumpa atau tidak tapi naluri saya kuat mengatakan mereka ada buat vedio call dan tidak mustahil mereka berborak hal lcah kerana gambar2 mereka pun sudah cukup sksi siap rindu2 bagai.
Bagi saya, hati suami bukan 100% lagi dengan saya kerana beliau masih terdetik untuk berhubung dengan perempuan lain. Saya berfikiran, adakah ini adalah balasan saya yang curang dengan suami? Adakah kami masih layak untuk jadi suami isteri? Layak untuk rujuk semula? Saya sayagkan hubungan kami tapi saya malu kepada suami atas perbuatan saya dalam masa yang sama saya juga tidak boleh terima suami curang dengan perempuan lain.
Saya isteri yang berdosa. Saya tidak ada prinsip bertahan demi anak. Saya yakin saya mampu besarkan dan didik anak2 saya tanpa bapa mereka. Saya cuma cuba untuk pertahankan hubungan susah senang kami selama berkahwin. Terima kasih




