Assalamualaikum semua, hide kan profile ye. Aku seorang lelaki dan dah berkahwin selama 5 tahun ada 2 hero. Wife aku ni baik cuma bab hal rumahtangga ada out sikit. Bergado laki bini tu biasa lah cuma kadang2 bila aku tegur bab tanggungjawab dia sebagai isteri dan ibu, balas wife ‘kalu rasa saya tak sempurna lepaskan saya’ sejak anak sulung lahir lagi.
Nak di jadikan cerita, 2017 disebabkan bebanan hutang aku memilih buat 2 kerja. Siang masuk 10am-8pm, malam 11pm – 8am. Jadi aku juz ada beberapa je untuk main dengan anak pastu tido sebab keje mlm. 3 bulan jugak macam tu sampi 1 hari wife tanya ‘ sampai bila abang nak macam ne tak ade masa untuk ayang dan anak2’, aku balas ‘abang harap sayang sabarlah, settle ape yang patut kita mcm biasa blik’.
Waktu cuti ada je aku luangkan masa dengan family bawak jalan2 tapi sejak tu wife tak bercakap dengan aku sampai dekat seminggu lebih, tak lagi sedia kan makan minum dan nafkah btin selama 2 bulan, wife betul2 siapkan uniform aku je. Bila aku tido sementara nak masuk keje malam, dia tak kejutkan aku. Aku murung dengan sikap wife aku tapi aku diam kan sebab tahu wife membantah ape yang aku buat.
Disebabkan kemurungan aku bawak sampi ke tempat keje, aku manager restoran. Staff2 aku sume prihatin dengan aku tanya kenapa aku macam down sangat tapi aku tak pena ceriter. Kat situ la muncul salah sorang dari staff aku perempuan mula amik berat pasal aku. masuk keje bekpez tersiap di beli, aku tak mintak pun, makan tengah hari terhidang dan minum petang disediakan.
Staff2 lain agak juga prihatin dengan aku tolong ringankan tugasan aku sebab dorang pun tahu aku buat 2 keje untuk family. Kami mula rapat sampai berwhatsapp even lepas waktu keje. Aku bagitahu dia aku sedih, orang yang duduk serumah dengan aku, tidur sekatil dengan aku tak pedulikan aku. Cara kami chatting memang macam orang bercinta tapi dia still panggil aku “boss” ye.
1 hari dia dan staff aku lagi sorang perlu bukak akaun untuk gaji. Aku cakap kat dorang biar aku hantar ke bank. Pada hari berkenaan aku bawak dia dari tempat keje dan perlu menjemput sorang lagi yang kebetulan cuti hari tu. Dalam perjalanan ke uma staff tu, kami bergambar dalam kereta dengan niat mengusik staff lain dalam whatsapp group yang kami berdating dan aku tak buang pun gambar.
Selang beberapa hari wife aku jumpe gambar dan chat2 aku dengan staff tu sebab wife perasan aku asyik dengan hp dan bila aku tido ada call yang kejutukan untuk masuk keje malam. Wife mengamuk dan marah2, yela wife mana tak marahkan tapi aku amek keputusan keluar rumah balik ruma mak aku sebab keadaan tengah panas kan.
Oh ye lupa nk ceriter, aku menetap di rumah mertua. Tiba 1 hari wife jumpa mak aku bagi tahu hal ne dan 1 perkataan keluar dari mulut wife aku yang mengatakan “wife rasa aku dh terlanjur dengan staff aku ne”. Hati aku masa tu Tuhan jela yang tahu. Dah ko tak jaga hati aku, makan minum dan batin aku, tuduh pulak bukan2. Sakit hati, kecewa sume ada dan aku pilih untuk stay uma mak aku je dlu sementara.
Tapi, sejak aku keluar rumah mertua tu, caci, maki, penghinaan je aku. Kami tak sebumbung lagi. Aku hanya balik untuk jumpa anak dan jemput anak2 kalau nak bawak berjalan. Berasingan bawak lah sampai ke setahun cuma maki hamun tu dah tak ade, cuma menyepi je wife. Tak ade call aku, tak ade tanya khabar aku. Aku jela yang duk contact dia tanya perihal anak2.
Baru2 family belah wife ada buat family day. Kakak ipar aku ajak sekali pergi demi anak2 kata nya dan aku setuju sebab kesian kat anak2 aku. Sepupu dorang sume dengan mak ayah dorang tak kan dorang tak ade pulak sedangkan aku wujud lagi. Sepanjang percutian wife layan Aku baik even tak lah sampai ke tempat tidur.
Wife mampu bergurau, senyum pandang aku buatkan rindu aku selama berasingan selama ni hilang. Aku rasa happy bahagia sume ada la tapi sementara je. Malam terakhir percutian hp wife berbunyi pada pukul 12.45am kerana dapat VIDEO CALL dari seorang nama lelaki. Korang rasa? Wife hanya mengaku laki2 hanya sorang kawan. Aku tak puas hati, aku korek2 dapat tangkap.
Dorang berhubung hampir setiap hari sampai tengah2 mlm. Allahuakhbar. Tapi aku settlekan cara baik sebab aku tahun setahun kami berasingan aku abaikan wife. Tapi makin lama hati aku rasa tak sedap. Kuasa Allah gerakkan hati aku pergi cek bil hp wife. U know what? No ex bf wife yang dorang bercinta 7 tahun kemudian putus dan aku yang terima serta HALAL kan dia 5 tahun dulu naik dalam bil tu.
Bergayut tengah malam sampai pukul 1 pagi. Tapi wife tak tahu aku dpt bil dia, aku tanya wife baik2 ” ada contact ex ke” then wife jawab ada sebab terserempak KELMARIN. Aku tak puas hati aku godeh lagi bil2 wife sebab no hp daftar atas nama aku. Sekali lagi hati aku hancur, dorang start contact dr APRIL 2018, aku mula keluar uma mertua AUGUST 2017 dan wife hanya mengaku kt aku hanya sebab KELMARIN terserempak.
Aku keluar rumah selama setahun tak perna pun wife call aku, chat aku minta berbaik or whatever. Ex bf wife yang wife dah tinggalkan selama 5 tahun wife boleh cari balik. Mana aku nk letak air muka aku?? Sebab aku kenal ex bf wife dan ex bf wife pun kenal aku. Aku sayang wife, sayang family aku tapi ini yang Wife bagi kat aku.
Aku tahu aku ada salah tapi aku tak buat macam mana yang wife buat sebab aku dengan staff aku tu tak ade ape2 pun sampai ke hari ini. Ape yang patut aku buat? Patut ke aku lepas kan wife? Otak dah jem. Perasaan sayang, kecewa, sakit hati kenangkan anak2.




