Salam admin.. hide fb saya.. hnya meminta pndapat pmbaca.. saya merupakan anak tunggal. Saya berumur 37 tahun beranak dua. Ibu sudah lama meningg@l sejak saya berumur 8 tahun. Masalah saya sekarang, saya berasa sedih dengan sikap abah saya. Sebelum itu, abah seorang yang tidak pernah meningg@lkan solat. Usia sudah menjangkau 76 tahun dan masih sihat. Beliau dengan suami tidak ada masalah. Hubungan mereka sangat rapat.
Apa yng membuatkan saya sedih, abah selalu menceritakan keburukan anak2 saya kepada adik beradik beliau. Sehingga adik beradik melabel anak kami nakal, jahat dan tidak begitu disukai. Asal adanya majlis, abah saya akan menceritakan hal kami suami isteri. Segala apa kami buat beliau update. Biasalah dalam rumah tangga pun ada masa kami suami isteri gaduh cakap je. Tapi untuk apa abah cerita kat orang lain.
Oh ye, kami duduk serumah dengan abah. Kami belum mampu beli rumah sendiri. Tambahan, abah akan tinggal seorang diri jika kami tinggal berasingan. Selain tu, sudah beberapa kali abah akan masuk bilik tidur kami tanpa ketuk pintu ada kalanya saya tengah breastfed baby saya berasa malu. Penah beliau cakap, ni rumah dia, buat apa dia ketuk pintu. Abah tak paham ke.. kan ada batas juga. saya sedih abah tak faham2 juga. Saya dan suami pun prlu privasi. Memang betul. Tiggal sebumbung dengan ayah ibu tidak digalakkan. Tetapi saya tidak ada pilihan.
Oleh kerana saya anak tunggal, saya tidak dapat meningg@lkan ayah seorang diri. Dengan usianya yang lanjut, apa saja boleh terjadi. Memang saya nampak dan hadapi keburukannya. Macam manapun, saya tidak sampai hati untuk meluahkan rasa tidak puas hati saya pada abah. Tepandang saja mukanya yang sayu, saya terpaksa pendam perasaan saya dan berulang2 saya mengatakan dlm diri, saya sangat sayangkn abah. tetapi saya sedih dengan sikap abah yang selalu membuka aib kami sekeluarga dan tidak memberi kami privasi.
Tolong jangan kecam ya. saya hanya memohon pendapat dari pembaca apa patut saya lakukan. Saya selalu berdoa agar Allah memberi abah hidayah mengetahui mana yang betul dan mana yang tidak betul. saya takut untuk bercakap dengan abah tentang ni tak mau hatinya terusik/tersinggung.




