hai min.tq siarakan.hide profil sy ya. cerita saya mungkin bukan dlm golongan orang yang bermasalah dalam rumahtangga namun saya sengaja kongsikan kisah saya ini. kisah cinta saya yang saya tak dapat nak lupakan sampai sekarang. cinta saya tak berbalas. Eyan…(bukan nama sebenar) Dia cinta pandang pertama saya masa zaman kanak2 saya dulu. satu kelas dengan saya. Dia budak baru dlm kelas kami. pertama kali saya tengok dia hati saya nak sangat kenal rapat dengan dia. tapi mana mungkin dalam umur masa tu bercinta kan. Darjah 3 kot..hehehe
Sejak dari tu saya simpan harapan dia pun suka dekat saya. saya selalu tengok dia dr jauh. sampailah masa darjah 6 sebelum masuk tingkatan 1 Eyan dapat tau saya suka kat dia. tapi bukan dari mulut saya. kawan2 yang bgtau. Masa tu saya takut kehilangan dia sebab dia dh jd kawan baik saya. Melangkah ke sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 saya simpan smua perasaan saya kt Eyan. saya tak pernah pun luahkan. saya takut kehilangan kawan kerana cinta. cukuplah saya berkawan baik dgan dia walupun hakikatnya cinta saya kat dia mendalam.
sekarang umur saya dah 27 tahun sama juga dengan umur Eyan saya dah pun berkahwin mempunyai anak dua orang tapi sampai sekarang cinta saya kepada Eyan tak terucap dah 3 tahun berlalu Eyan pergi buat selamanya. masa umur 25tahun eyan begelut dengan kansser. lepas tamat sekolah saya tak tau pun kehidupan eyan macam mana. Sampailah ada kawan bagitau yang eyan tenat sehari sebelum tu saya bermimpi yang eyan suruh saya luahkan apa yang ada dalam hati saya takut tak sempat katanya..
malam seterusnya saya bermimpi bnda sama. Eyan bagitau sikit lagi masa saya tinggal untuk bagitau dia segalanya.
saya abaikan je mimpi tu. kalau saya luahkan pun buat apa. saya dah ada life saya sendiri. pagi tu kawan wasap saya, bagitau yang Eyan dah tunggu masa je..semua kawan2 sekolah dulu semua ada tengok eyan masa tu. Tiba2 saya jadi sedih. saya nak sangat jumpa eyan masa tu. tapi saya nak cakap apa kat suami..
setelah bertarung dengan kesakitan eyan pergi buat slamanya mungkin takdir eyan pergi di usia muda. dan mungkin takdir eyan menjadi sahabat dalam cinta saya selamanya.
Teguhnya saya simpan perasaan ini sendiri tanpa awak tau kehadiran cinta dan rindu saya terhadap awak. Awak dah pun pergi dengan tenang. hingga saat ini saya masih teringat pertama kali saya kenal awak. terima kasih kerana menjadi sahabat dalam cinta saya. Tuhan sudah menyusun segala pejalanan hidup kita. mungkin ada sebabnya Tuhan tak bagi saya luahkan perasaan ini dr dlu lagi. kerana tuhan lebih mencintai kamu wahai sahabat.




