salam admin tlong hide profile sya..
sya isteri beranak 3 berkhawin dalam usia muda pada awalnya banyak ombak membadai tapi Alhamdulillah saya mampu mengharunginya, kisah saya bermula apabila suami membiarkan saya mengalas tugas sebagai insan yg mencari nafkah untuk keluarga pada mulanya semua baik saja tetapi kelamaan mula terbit nanah didalam hati bila suami membiarkan saya hidup berdikari manakala beliau duduk di rumah bermain gadjet sepanjang hari, tanpa membantu saya menguruskan anak anak saya, kalau dibantu pun setelah timbul amarah saya.
sekarang saya buntu saya di tuduh isteri yang kuat melawan walau pada hakikatnya niat saya hanya ingin meluahkan apa yang saya rasa dan pendam didalam hati lagipun saya bukan bercerita dengan orang lain cuma ingin suami tahu apa sebenarnya yang terbuku didalam hati., adalah menjadi bebanan pada saya bila mana saya harus menanggung hutang dan bill setiap bulan, badan mula penat hati mula berubah,, hari berganti hari seperti tiada sinar bagi kami dari sentiasa tidur berdekatan sekarang anak sudah mula di jadikan batu sempadan..
Dulu bila sya selalu tidur di lengan suami,suami akan mengadu sakit jadi sejak itu sya suda mula belajar meninggalkan ‘bantal’ empuk saya.. sebenarnya saya rindukan diri saya yang dulu, takut, hormat pada suami.. saya sendiri tidak selesa dengan perubahan saya kini.. bantulah sya warga krt membina masjid sya kembali..segala nasihat dari anda semua amatlah saya hargai.




