Assalamualaikum. Nama saya Rina. Kisah hidup saya amat panjang dan berliku dan boleh dijadikan pedoman masayaarakat. Ada masa saya cerita sikit-sikit. Tapi kali ini saya fokus kepada kehidupan rumahtangga dahulu. Ada waktu terluang lain kali saya cerita lagi yang lain. Saya terus kepada isi cerita ya. Saya takda mak ayah. Disebabkan itu, ipar duai tidak menghormati saya. Diam2 mereka tilik tangga gaji saya. Hasut husband jangan bubuh nama saya sebagai penama wasiat KWSP.
Diam2 mereka kata saya kontrol suami. Saya tahu mereka tak suka saya. Atas sebab saya tiada asal usul keturunan. Ya. Saya sedar semua tu. Kalau dapat saya putarkan semula masa lalu. Saya pun tak akan pilih untuk terima jodoh ni. Jujur saya kata, jauh disudut hati saya menyesal kahwin dengan husband saya. Dulu dia janji bila kami kahwin, saya akan bahagia, mak ayah dia akan layan saya seperti anak sendiri. Adik beradik dia akan layan saya seperti adik beradik sendiri. Semua tu dusta.
Hari pertama kami nikah makcik husband balas senyuman saya dengan jelingan sinis dari kaki saya sampai atas kepala saya Sedangkan dari sudut kepunyaan harta pendidikan ilmu agama saya jauh lebih baik Allah beri dari sudut mata kasar sedangkan dia hanya perempuan tua kampung yang kemat!an suami kerana penyakit gila, dan anak2 hidup berhutang dengan ahlong dan kaki perempuan. Tapi kenapa dia buat macam tu pada saya? Sebab jijjik? Jijjik kerana saya tiada mak bapak?
Kata husband saya kalau ikut logik akal sepatutnya saya yang perlu jeling dia dari bawah ke atas begitu. Bulan pertama kami bernikah, saya terdengar perbualan mak mertua dengan husband, bila husband saya kata nanti mungkin tak dapat balik kampung sebab tak cukup budget, mak mertua saya cakap, “rina tak kan tak ada duit?!”. Masa tu, saya baru dapat kerja dlm sektor kerajaan.
Dan saya perasan, kalau balik kampung, bila suami hulur duit, mak mertua akan tolak. Tapi kalau saya hulur duit dia ambil dan senyap. Sampai sekarang saya tak faham kenapa. Tahun kedua perkahwinan kami, Tahun 2013, kami berada jauh diperantauan asbab saya ditugaskan ke satu tempat yang jauh dari kampung suami, iaitu di Borneo. Bersalin berpantang sendirian kerana tidak ada siapa mahu datang jaga saya. Sedangkan kakak ipar ada 3 orang suri rumah sepenuh masa dan anak2 dah besar.
Mak mertua dah disuruh jaga sorang kakak ipar yang bersalin lewat seminggu dari saya. Dan saya memang tak mengharap pun. Cuma orang sekeliling saya bertanya. Apa saya perlu jawab?
Masa cuti Raya Cina, masa tu tak cukup duit nak balik kampung. Kelayakan tiket kapal terbang dari kerajaan belum dapat. Maka saya terpaksa guna SEMUA simpanan saya iaitu hampir 5 ribu lebih untuk pulang ke kampung suami dengan niat untuk bawa anak saya berjumpa dengan neneknya. Itu sahaja.
Kami tidak ada pengalaman travel jauh. Masa tu kami naik bas dari lapangan terbang ke kampung suami. Kemudian sewa teksi pula untuk ke bahagian pendalaman kampung suami sebab situ tidak ada bas lalu lalang. Bayangkanlah dengan anak sekecil 5 bulan waktu itu. Letih Allah sahaja yang tahu. Sampai-sampai depan rumah mertua, salah seorang kakak ipar serbu terus ambik anak saya bawak lari masuk rumah, tangan yang saya hulur untuk bersalaman dia tak nampak. Saya hanya tersenyum sepi.
Seorang lagi kakak ipar serta merta ajak ke rumah kenduri masa itu juga. Allah. Nak tolak kami tak pandai. Letih Allah sahaja yang tahu. Dari Borneo transit KLIA, terus ke salah sebuah lapangan terbang di utara semenanjung, naik 2-3 buah bas ke sebuah negeri di utara semenanjung dan menunggu lagi untuk naik teksi masuk ke kawasan kampung pendalaman. Kami tak sempat duduk, lalu didesak untuk sertai kenduri.
Sampai di majlis, saya terkejut kerana husband saya diarah untuk berangkat atau maksud lain menjamu makanan dalam dulang pada tetamu dan layan tetamu sedangkan dia sndiri pun belum makan. Saya pula kena menjawab pelbagai soalan diruang tamu dengan anak yang belum dapat lena. Kami letih. Penat. 2-3 hari di rumah mertua, satu kejadian dirumah mertua. Kami tiada kenderaan.
Kami memerlukan kenderaan untuk ke pejabat imigresen sejauh 4 jam perjalanan pergi dan 4 jam balik. Seorang kakak ipar yang tidur disitu ada dua buah kereta, satu kereta suaminya. Dan pada hari tersebut kereta itu tidak digunakan pun. Tapi kenapa dia tak pelawa sedangkan malam tu dia tahu kami nak jalan jauh atas urusan penting, urusan pasport anak. Takkan saya sebagai menantu yang kena bercakap nak pinjam? Tidak ada Common sense kah fikir kami dari JAUH? Kami ni pendatang kah??
Kesudahannya husband pinjam motor ayah mertua. Fikirlah macam mana keadaan kami naik motor dengan anak kecil 5 BULAN redah hujan panas, seharian dari pagi sampai nak maghrib.
Waktu malam tidurkan anak, (kami masing2 ada anak kecil, kakak ipar ni tadi punyai anak setelah 8 tahun berkahwin dan dia mengandung sejurus saya dapat tahu saya mengandung) dia dodoikan anak dalam keadaan berdiri, mengendong anak ke kiri ke kanan sambil berzikir dengan sekuat hati.
Saya faham nada tersebut. Nada menyindir “inilah cara yang betul untuk tidurkan baby”. Kenapa saya rasa begitu?Sebab saya tak pernah tidurkan anak dengan cara berdodoi begitu atau berbuai. Anak saya akan tidur sndiri tambah2 lepas kenyang menyusu badan. Jadi saya tak perlu berzikir sebegitu kuat dan tak perlu nak goncang anak ke kiri ke kanan macam tu. Setiap kali dia tengok anak saya tidur dia akan buat muka pelik. Pelik sebab saya tak goncang anak dan tak berzikir sekuatnya?
Esoknya pula, saya menyuarakan hasrat saya untuk ke Selatan semenanjung tujuan untuk ziarah pengasuh dan keluarga angkat yang urus pernikahan saya, tapi mak mertua tak bagi, dia suruh pergi lain kali bila balik lagi. Come on. Nak balik semenanjung bukan macam naik bas. Saya agak terkilan, salahkah saya untuk lakukan apa yang saya mahu pergi ke mana yang saya mahu dengan duit yang telah saya keluarkan? Saya tak berdaya, saya pendam saya menangis sndiri dalam bilik masa tu. Masa tu memang saya bod0h.
Petang esoknya, nak dijadikan cerita, kakak ipar yang duduk sekali dengan mak mertua ni ada beli mesen basuh semi auto baru. Mak mertua guna untuk basuh baju cucu (anak saya) . Mak mertua juga mandikan anak saya guna besen kakak ipar tu. Petang tu juga lepas kakak ipar balik kerja, dia mengamuk. Bising sebab pakai besen mandi tak simpan balik. Dia hempas besen tu dalam bilik air. Saya dari dalam bilik pasang telinga. Mula terasa hati. Dia herdik agak kuat. Terasa macam pendatang harram.
Dia bising mak mertua guna mesen basuh dia, dia marah sebab mak mertua letak baju sampai penuh ruang spin. Dia hempas penutup spin mesen basuh tu. Dan dalam tu adalah baju anak saya. Pilunya hati saya. Walau bukan secara direct, dan dia tak sebut nama saya, tapi semua harta dia tu digunakan mak mertua untuk urus anak saya. Dia menbebel tanpa henti. Saya tak suruh mak mertua buat semua tu. Dan saya juga tidak menghalang. Sebab saya tahu dia nak lakukannya sebab cucu.
Tapi, malam tu jadi peristiwa. Di mana saya betul2 tidak dapat menahan rasa hati. Saya call teksi minta ambil kami malam tu juga dan hantar ke hentian bas express. Sebab saya nak balik ke rumah keluarga angkat saya. Disini lah bermula kisah hitam, peristiwa pahit antara saya dengan keluarga mertua. Dan dari peristiwa ini semua menganggap saya jahat dan busuk.
Lepas beberapa hari di Selatan semenanjung, kami pulang ke Borneo. Masa tu, pergaduhan berlaku antara kami dan keluarga mertua. Saya hanya berdiam diri tidak mahu bersuara walau sedetik melalui hp. Hanya suami sahaja yang berurusan dengan keluarga dia dalam hp. Tapi, saya dapat dengar, mak mertua kata, “mu jangan dengar sangat kata Rina tu”. Dan mak mertua berkeras suruh suami saya minta maaf dengan kakak dia yang hempas mesen basuh tu.
Kata husband saya, mak dia terpaksa bela kakak dia sebab kakak dia yang tu sajalah yang selalu bagi duit bagi macam2 kat mak, walau kakak dia tu pernah kata “bod0h” pada.mak. Berbanding diri husband yang tak mampu nk beri mak duit berkepuk2.. Sebab tu mak pandang tak pandang je husband saya. Tu luahan husband saya masa tu.
Masa perbualan telefon yang hampir 3 jam tu, banyak perkara diungkit dan semua keburukan dan kesalahan diletak atas kepala saya. Kesalahan remeh. Kesalahan sepatutnya siapa yang kena salam siapa dulu bila balik kg. Kesalahan buat mak mertua kecil hati, kecil hati sebab kami balik dri Borneo dan berjalan ke tempat kami bertemu dulu dan bermalam di sana. Kecil hati sebab tak balik tidur rumah tapi stay bermalam di hotel tempat tu.
Bukan kami tak inform. Bahkan kami dah inform awal sebelum bertolak kata nak tidur sana. Maksudnya kami wajib balik kampung dan tidur rumah mertua walau jauh mana pun perjalanan kami pada hari tu. Dan saya memang sangat terkejut bila dapat tahu mertua kecil hati sebab tu. Dan jangan terkejut juga yang mereka juga akui mereka selalu kecil hati dgn kakak husband yang hempas mesen basuh ni. Tapi? Busuk macam mana pn adik beradik mereka saya tetap orang luar. Yang layak dibenci. Yang layak dipijak.




