Assalamualaikum warga KRT. Saya ingin tanya pendapat dekat warga KRT. Pertanyaan ini sudah lama tertanam dalam hati. Hendak keluarkan takut hendak simpan sakit. Hendak keluarkan takut orang salah faham. Hendak simpan setiap malam, saya jadi susah hati tidur asyik fikirkan masalah yang saya hadapi kadang2 dengan tiba2 airmata mengalir sendiri. Saya sudah 6 tahun berkahwin. Sebelum kahwin suami penuh dengan kata2 indah. Tapi sebelum kami kahwin, memang kami ada masalah. Pernah tinggalkan tapi saya sudah kenal suami 5 tahun sebelum buat keputusan hendak bertunang. Family saya sudah kenal suami tapi tidak kenal latar belakang suami. Ketika ingin tinggalkan putuskan hubungan dengan suami, ibu saya yang pertahankan dan minta saya teruskan, ibu cakap tidak salah kita tolong orang bagai anjng tersepit.
Ibu tidak restu saya menjalinkan hubungan dengan pilihan lain. Ayah pun setuju dengan kata2 ibu. Suami memang orang susah dan tidak mempunyai kerja tetap. Tiada simpanan. Selepas bertunang kewangan suami, saya yang uruskan untuk perkahwinan kami. Dalam setahun saya dapat kumpul duit suami dalam 4k. Simpanan saya dari kecik ada 10k. Boleh lah buat majlis kecil2an. Ketika nikah kami sudah ada masalah, suami datang lewat. Ketika hendak siap bersanding suami merayau entah kemana, sampai saya kena cari. Malam pertama kami tidak tidur bersama dia balik rumah ibu dia. Ketika itu sudah timbul perasaan menyesal tarik balik sudah tidak guna. Kami sudah sah suami isteri.
Jika dia tidak suka saya kenapa dia merayu pada family saya agar saya boleh terima dia. Sampai ibu sanggup suruh patah balik dengannya tolong anjng tersepit. Lepas berkahwin suami tidak bekerja. Hanya saya sahaja bekerja. Dia hanya tidur hendak hantar saya kerja pun susah sampai saya lewat datag kerja dan buatkan saya sakit hati. Bukan datang sahaja ambil kerja pun kadang2 lambat kerana tidur sampai ke petang. Lepas hantar saya balik dia terus keluar lepak dengan kawan sampai lewat malam.
Kerana itu juga saya kerap jadi naik angin. 9 bulan bernikah saya sah mengandung. Tapi tiada kegembiraan dalam hati kerana kami selalu bertengkar. Genap 3 bulan mengandung, saya keguguran kerana saya buat kerja dengan lasak ketika keguguran pun saya baru lepas bertengkar dengan suami. Jadi keguguran itu tiada kesedihan dalam hati. Tiba2 perasaan terlintas ingin ada anak mana tahu dia akan berubah selepas dapat anak. 3 bulan lepas itu saya lekat semula. Kali ini mengandung memang banyak dugaan kandungan sudah 4 bulan, suami saya kantoi menjalani hubungan dengan kekasih lamanya. Dalam hati sudah rasa menyesal saya merancang. Kalau saya tidak mengandung sudah lama saya mintak cerai.
Saya sudah mengandung baby girl kembar Saya berdepan dengan perempuan itu dia mengaku yang dia masih cintakan suami saya kata2nya berkata di depan suami saya sendiri. Suami pun mengaku dia masih sayangkan kekasihnya itu. Dalam hati kenapa dulu aku hendak tinggalkan kau, kau pergi merayu dekat family aku. Kenapa kau tidak cari perempuan itu? Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya cuba 1001 cara untuk pisahkan mereka. Akhirnya mereka berpisah tetapi penuh dengan kata caci dari perempuan itu kata saya cakap macam keling, Dia cakap sayabtidak tahu jaga suami, perampas kekasih dia dulu. Saya buat tidak tahu kerana ini untuk kebaikkan anak kembar kami.
Suami putus dengan perempuan itu siap demam panas selama seminggu. Tidak lama kemudian suami bekerja sebagai promoter. Saya selamat melahirkan bayi kembar kami. Ia menjadi anak kesayangan suami. Anak kami 8 bulan, suami berhenti kerja macam dia kata sebab dia berhenti kerja. Saya lepas bersalin memang sudah berhenti kerja.
Saya ingat sudah berubah. Rupanya sifatnya menjadi semula kerja tidak menentu hanya cari duit ketika kami hendak guna beli barang anak. Dah beli tidur pastu keluar lepas dengan kawan2.
Saya tertinggal makan pil perancang anak kami setahun lebih saya sudah mengandung lagi kali ini saya mengandung anak kembar lelaki. Mengandung kali ini suami buat tidak tahu sangat. Bekerja macam itu saja cari ketika ingin guna duit sahaja. Nasib baik bersalin kebetulan brim masuk, jadi boleh bayar duit hospital guna duit brim. Tidak lama kemudian suami bekerja bertahan hanya 4 bulan. Bila kerja suami letih. Mana tidak letih lepak dengan kawan2 itu adalah wajib bagi dirinya. Macam2 nasihat saya bagi kata time cuti saja baru lepak tapi semua dia tidak ambil peduli.
Kini saya mengandung kali ketiga. Tapi kali ini kandungan sudah 5 bulan baru saya bagi tahu suami. Sebab perut sudah nampak. Kalau ikut kan hati biar dia tidak tahu sampai saya bersalin. Suami macam itu saja. Kali ini badan selalu lemah dan alahan teruk. Suami tidak berkerja, bangun lewat. Bangun terus keluar tengah malam 2 3 pagi baru balik. Lagi2 sekarang musim game ML lagi lewat dan tidak pernah ambil tahu pasal saya. Bila saya marah, suami kata saya ini arah2 dia hendak dia saja ikut cara saya. Tapi saya tidak mahu ikut cara dia.
Saya marah supaya dia bangun awal, cari kerja, balik awal. Salah ke nasihat saya. Ini bangun lambat, petang baru bangun. Bangun2 capai telefon main . Mintak minum saya buatkan. Suruh ambilkan nasi saya ambilkan. Minum makan mata ke telefon main game ml. Mandi2 siap terus keluar. Tengah malam pukul 2 3 baru balik. Bila bising dia kata lebih baik main game dari main perempuan. Main judi. Kami berhubung hanya whatapps sahaja tidak pernah berbincang melalui depan2.
Bila bincang, “penat lah esok jelah sambung”. Memang tidak pernah berbincang depan. Tangisan air mata yang mengalir merayu tidak bermakna untuknya. Kata2nya hanya sekadar mintak maaf sahaja. Esok lusa buat balik.
Yang dia tahu balik lewat malam & layan dia. Bila bising cakap inginkn diri ini kerana nafsu tapi kasih sayang tidak perlu bagi. Mula lah merajuk esok lusa saja tidur berasingan paling lama 5 6 hari lepas itu jadi balik. Sejak berkahwin, kawan saya hanyalah telefon tengok kehidupan orang lain di fb & tengok gelagat anak2 di rumah sahaja.
Kini kami tertunggak rumah 5 bulan. Duit air 2 bulan. Suami ada hutang dengan tekun. Motor rosak. Barang dapur pun sampai tidak cukup apatah lagi barang anak2. Pasal keperluan saya tidak kisah sangat saya boleh kawal. Yang penting saya ingin tahu, Apa yang perlu saya buat agar dia bkerja? Apa yang perlu saya buat agar dia ada masa dengan kami sekeluarga? Apa yang perlu saya buat agar dia sudah tidak melepak? Apa yang saya perlu buat untuk kebahagiaan kami sekeluarga. Mengandung kali ini pun macam tidak mengandung. Family saya & dia pernah tegur tapi semua itu sia2.




