Assallamualaikum min dan semua sahabat alam maya.. selama ni saya hanya baca ja masalah rumahtgga yang disiarkan di KRT… tapi malam ni saya tergerak hati nak siarkn apa yang saya alami…Untuk pengetahuan semua.. saya seorang lelaki dan bapa kepada 2 orang anak yang masih kecil saya dah 2 tahun brpisah dengan bekas isteri. sekarang anak2 saya tinggal dengan bekas isteri… kami berpisah cara baik dan bekas isteri tak pernah menghalang saya untuk pergi tengok anak2 bila2 masa pun.. sebelum ni memang saya 2 minggu sekali pasti saya pergi jumpa anak2..
tapi sekarang masalah yang timbul kerana mulut2 orang kampung yang ada segelintir menggelar saya gila talak sebab selalu sangat saya datang rumah bekas isteri.. Tujuan saya hanya nak jumpa anak2 lepaskan rindu. saya tahu batas2 saya dengan bekas isteri.. Sekarang dah hmpir 3 bulan saya tak pergi jumpa anak2 disebab kan tak nak timbul fitnah kelak. tapi saya pula yang tak tahan menanggung rindu kat anak?….susah2 kalau kita nak jaga hati semua orang……




