Hi min n semua. Sblm tu min tlg hide profile saya ye, tq. Ceritanya macam ni saya ni harini entahla menyirap pulak dengann mil lps dpt tahu dia dengann keyakinan teguhnya cakap tahun ni saya raya belah dia. Agak2 la kan tahun lps dah raya belah dia. Saya ni kg belah utara. Suami kg belah selatan. Saya ni dah masuk tahun ke 4 tinggal dengann mertua di ibu kota, anak sorang bru 2tahun. Bukan apa mak dahla puasa sorang2 takkan raya pula saya taknak balik, ayah ada lagi tapi tak berapa sihat sgt, kg tak ada sapa2 pun sebab smua dah keluar bkerja.
Cadangnya tahun ni belah saya la pulak kan. Mil nak jgk balik belah dia siap dah tentukan warna apa nak pakai tahun ni kepochi betul lah dia ni. Suami saya belum bagi kata putus lg dia dah mandai2. Cukupla bab tu. Nak crita sikit la masalah saya dengann keluarga mil ni takla besar mana tapi bila hari2 kumpul dia jadi macam cancer pula dalam kepala otak ni. Sblm ada anak saya ada masalah stress orang asyik pesan tak bagi mgandung suruh belajar bagi habis dlu lah itu jela bzikir kat mulut mil bila orang tnya dah ada isi blm menantu tu.
Mls nak tulis saya blm habis belajar apa sebab nnti macam obvious sgt adik ipar msti dpt hidu. Yang penting bukan spm la ye hihi.. Smpaikan kami kawin 3 4 bulan pun tak bersama betul2 lagi sebab suami macam takut kalau saya pregnant. Lawak tak lawak ketakutan macam ni pun boleh berlaku kan haha bod0hnya. Tapi tak lama pun lps tu dpt tahu saya preggy kami suami isteri takut nak bagitau sebab takut orang kecewa kan. Dalam 3bulan bru suami bagitau keluarga dia dan suram je takda excited mana pon.
Tak pernah orang tnya saya mgidam apa pun saya bawak diri je 9bulan tu. Tapi tu tak berapa sakit hati saya tapi sgt lps ada anak ni jadi sakit jiwa pula saya. Apa je saya buat untuk anak asayaik kena soal je. Contohnya Anak saya ni saya masakkan mee(baby punya) pun fil kata ish nanti usus terbelit la padahal dah 2tahun pun apa jadahla pulak ni. Bagi makan yogurt kat anak pun kata nnti sakit perut, anak bagi lambat dikata nnti gastrik la budak tu bagin lambat.
Bagi makan buah dikata tak elok makan buah dlu makan la nasi dlu blaaa blaaa tu blm masuk bab nak bagi pakai bju bab mandi anak smua bab nak dikomplennya senang cerita semua saya buat salah anak tengah panas rembang bagi la pakai pempes je. Ni pun kena kecam dikata nanti masuk angin. Bagi anak minum air sejuk yang betapis tu dimarah juga takut batuk. Padahal mil suap anak saya makan aiskrim boleh pula?, masa umur 3bulan dah bagi makan aiskrim agak2 boleh ke percaya orang macam ni nak jaga anak mmg taklah saya terus berhenti kerja. Dorang jenis pengotor bilas puting cucu pun guna air liur je, kunyah2 dlu bru bagi cucu mkn eeee geli kan. Anak saya tak pandai cakap lagi hari2 juga anak saya kena komplen lidah pendek la, cakap bahasa apa lah, tak pandai itu inilah. Di bandingnya anak saya dengann anak orang lain.
Pokoknya saya ni tak baik kot jaga anak. Saya ni tak kerja mmg orang pandang macam bod0h 2 je. Adik ipar pula jenis suka atur2 idup orang jgk tu jenis tak abih2 tnya bila nak kerja tinggal la anak dkt orang jgn takut sgt nak bagi anak kat orang, serahlah pada Allah blaa blaaa. Sembang kencang bab agama tapi jaga hati orang tak reti perempuan ni. Saya berhenti kerja pun sebab anak minum susu badan je botol taknak dah dia reject saya rasa kesian la kat anak. Saya rasa hak asasi idup saya dah tak ada dah. Suami kata gaji dia tak mampu nak bawk kami pindah keluar rumah ni, taktahu la duit nafkah saya tak dpt pun dpt duit beli keperluan anak je, bulan2 dia bayar bill mak dia smua dia bagi mak dia 400 500.
Kalau ikutkan pandangan saya la kami mampu je pindah kalau tak bagi 500 tu tapi 500 buat sewa rumah dan hari2 saya boleh masak untuk kami. Saya ada jgk buat bisnes online tapi belum ada peningkatan lagi. Saya pula dah tak ada feel nak bersama ke nak memasak ke nak apa sebab saya dah mula stress dengann semua benda dalam rumah ni denganb kritikan2 yang ada. Hari2 hidup kena komplen kau rasa seronok ke walaupun benda tu simple2 je bagi orang lain. Mungkin suami tak kisah kot sebab umah mak dia kan. Saya sejak kawin tak pernah dpt waktu uruskan keluarga sndiri.
Kalau saya masak tak ada orang makan suami je makan. Ada je nak komplen sambal tak masak cili la masak lemak tak lemak lah, belacan lebihlah. Last2 saya tak masak dah saya jadi tukang makan je skrg ni. Kritikan demi kritikan ni macam tak ada kesudahan. Boleh saya katakan kat sini saya tak pernah bahagia dok sini. Smpai bila pun tak tahu la nak dok sini nnti keluar pula kat berita surirumah gantung diri. Maaf la pada yang susah nak paham ataupun crita saya terbelit2 saya tak pandai nak luahkan dengann tulisan sgt. Tapi lepas tulis ni rasa lega sikit sebab apa yang terbuku dah terkeluar dah. Sebabnya kalau cakap gn suami buat gaduhnya dikatanya saya tak paham dia dengann keluarga dia.




