Salam admin,hide fb saya lagi ye dan terima kasih sebab min siarkan cerita kisah hidup saya part 1 utk dijadikan pengajaran. ok saya nak sambung balik ksh saya sebab ramai yang tertanya tanya. Untuk pengetahuan semua kisah saya ni memang kehidupan saya yang sebenar. Bukan adaptasi dari mana2. Hanya Allah yang tahu perjalanan hidup saya ini. Masih ingat tak lagi dengan kisah saya yang mempunyai suami duda anak 3 tu? Yang suami hanya mendiamkan diri bila janda nya datang bertandang ke rumah saya. Dan mak mertua saya yang bermulut laser tu. Bila cucunya nangis, dia marah2. Pada yang tak pernah kena, memang cakap semua ni merepek tapi saya hanyalah insan biasa. Hanya mampu lalui hari hari dgn air mata dan tak putus berdoa pada Allah.
Saya nak sambung bab mak mertua saya tu. Dulu masa mula-mula saya berkahwin dengan suami, tak nampak lagi perangai mak mertua saya. Sampai la pada satu hari, saya duduk di dapur dan ingin menolong adik2 ipar memasak. Tapi diorang cakap takpe, tak payah tolong sebab diorang boleh buat. So, saya rasa ok takpelah. Dah offer nak tolong tapi tak bagi. So, saya tgk kan kejap anak saya yang tengah bermain di laman rumah sambil duduk di pangkin. Semasa saya tengah melayan anak, tersentak saya sebab dengar suara mak mertua yang kuat dan menyindir saya. “Ahh tak pandai masak, esok lakinye nak makan apa, tgk cucu aku si A pandai goreng telur, esok lusa dah kawin senang.. (si A ialah anak tiri saya yang perempuan sebaya lebih kurang saya)
Mertua memerli sambil memandang saya dengn jelingan. Memang sangat2 terasa hati tambahan pula saya menantu paling termuda dalam family suami. Semuanya dah berumur 40 an ke atas. Masa mertua sindir saya tu, memang saya sedih, saya tak menjawab tapi saya cuba diamkan diri. Saya bukan tak pandai masak, alhamdulillah suami saya lepas berkahwin dgn saya bdn die sihat semakin berisi sebab saya tak pnh biarkan suami makan luar. Saya lebih suka suami makan hasil tangan saya, saya puas hati dan rasa bersayaukur.
Mertua tak tahu apa yang berlaku sebab masa saya offer nak tolong adik2 ipar memasak, mak mertua saya ada di ruang tamu hadapan. Jadi dia tak tahu.
Datang2 dapur, saya yang kena perli. Hmm.
Saya tiada niat nak aibkan mak mertua saya, saya sayang dia dan anggap mcm emak saya sendiri. Tapi saya tak tahu kenapa tiap kali saya, suami dan anak balik kampung, waktu suami keluar ke pekan untuk beli barang, waktu tu la mak mertua dan ipar duai (yang perempuan) ambil kesempatan untuk menyindir, mengutuk dan menghina saya. Alhamdulillah ipar duai yang lelaki (adik dan abang kepada suami saya) diorang takde masalah pun. Cuma yang perempuan ni je. Bila suami saya balik dari pekan, diorang tak ade kuttuk atau menyindir tapi buat2 bergurau ketawa dengan saya. Semua lakonan semata mata (fake) Saya tahu di mana d0sa dan silap saya tapi saya tak pernah tak hormat diorang. Memang dari mula lagi kot agaknya diorang memang tak pernah suka saya dan saja buat2 suka.
Dan tiap kali saya balik kampung, mesti mak mertua sebut2 nama janda lama suami saya tu. Pernah dia puji kat ipar duai “rambut kak M tu cantik dari dulu, panjang pandai jaga”. Nak cakap pun jangan la kuat2 sambil pandang saya dengan menjeling. Seolah olah nak bagi saya cemburu dan sakit hati. Saya bukan apa min, rambut saya pun panjang jugak lepas bahu, dan memang rebonding. Tapi mertua pernah marah kan saya, katanya anak kecik lagi, rambut panjang serupa hantu. Hmm. Tapi anak2 perempuan dia yang ada anak kecik, ada je yang ada rambut panjang. Ok je. Saya takde pun cakap bukan2. Tak tahu la dengan mak mertua saya ni.
Saya pernah mengadu pada suami pasal diorang tuduh saya tak pandai masak dan tak pernah pegi dapur suami dengar saya mengadu terus dia naik angin dan cakap saya buat cerita. Saya tak melawan pun, min. Saya diam tapi air mata saya tetap menitis jugak dalam diam. Saya tahu suami memang tak patut melawan mak dia tapi saya bukan suruh dia melawan pun. Cuma tolong pertahankan saya je, cakap lah yang benar. Saya selalu masak kat rumah. Satu lagi min, mak mertua saya ni sukaperli dan kutuk tanpa usul periksa. Lagi satu yang buat saya betul2 terasa dia suka membezakan menantu,
Menantu dia semuanya bekerja, goverment lagi. Saya tak kerja. Duduk rumah jaga anak. Dia cakap kerja goverment jamin masa depan.
Saya pun tak cakap apa2,saya hanya diamkan diri saja. Biarlah itu rezeki diorang kan. Rezeki saya kot lain.
Satu lagi, mak mertua saya ni jenis suka canang hal peribadi anak menantu.
Saya masih ingat lagi waktu raya,
Saya, mak mertua dan suami serta anak saya yang ketika itu dah pun mencecah usia setahun lebih. Kami ziarah rumah mak cik suami saya.Waktu sedang bersalaman dgn mak cik suami, mak mertua blh pula buka cerita cakap “cucu aku ni angin pasang kemaluan dia sebelah tak sama, aku pun tak tau sebab apa gitu” Allahu, merah muka saya dan suami time tu. Sepatutnya hari raya mcm tu, tak elok la bukak aib orang tambah2 aib menantu sendiri. Lps nak balik tu, mak mertua masih lagi ulang ayat yang sama kat mak cik suami sampai suami cakap “makk.. Dah la tu.. Sudah makk..”
Mungkin suami malu jugak. Saya tak malu pun anak saya hidapi angin pasang tapi rasanya tak perlu lah canang kpada setiap rumah yang kami pergi ziarah.
Mak mertua saya ni suka buka aib menantu dan canang. Saya bkn nk kutuk tapi mak mertua saya ni seorang yang warak tau. Solat 5 waktu dia tak pnh tinggal, selalu hadiri majlis agama kat kampung. Selalu pergi marhaban.
Tapi kenapa ya perangai dia begitu??
Satu lagi point dia nak cari pasal dan nak bg saya sakit hati dan terasa mesti dia sebutkan nama JANDA TUA suami si kak M tu. Buka semua kebaikan si M tu.
Ok haritu ada pembaca tanya saya sebab apa saya pggl dia JANDA TUA??
yelah dia umo dah hampir 49 Saya ni baru je nak cecah 28 Kan jauh sangat perbezaan tu. Satu lagi kan min, tiap kali saya balik rumah mertua. Bila ssekali balik, memang ramai adik beradik suami sebab diorang jenis suka ambil cuti dan berkumpul bersama family pada hari minggu.
Kalau nak mandi, tandas dalam rumah memang selalu full sebab adik beradik suami memang ramai campur anak saudara saya dan cicit cicit emak mertua lagi. Bkn takde tandas luar,tapi memang takde sape yang sudi mandi menggunakan tandas luar sebab tandas tu takde lampu dan lama jugak tak guna.
Takde pilihan terpaksa lah tunggu turn urk mandi. Tapi saya slalu mandi awal,sebab tahu tandas akan full then nak tunggu lama la. Bosan. Yang saya tak faham kan min, bila tiap kali saya baru je masuk tandas. Mesti mak mertua dan ipar duai (perempuan) jerit kuat2 kat pintu tandas “ooi lamanya mandi, orang lain pun nk mandi sama”.. Saya pun rasa mcm ishh, saya baru je masuk, baru je tutup pintu tandas. Belum mandi, air pun tak kena bdn lagi. Lps dengar diorang pekik2 tu, saya tak jadi lah mandi sebab tak sayaok rumah orang. Orang mengata. Saya cepat2 lap muka capai tuala dan keluar tandas.
Saya lbh rela mandi last sekali bila dah takde turn orang nak mandi. Sampai mcmtu sekali min, diorang perlakukan saya. Saya tahu la saya isteri kedua suami tapi suami saya kan dah bercerai dgn JANDA TUA dia tu dah lama, minn.
Bkn nya saya ni madu atau perampas laki orang yang diorang nak buat begitu.
Saya kenal suami pun masa dia dah lama sgt menduda. Belum masuk bab di mana saya pnh byk kali lah buat air teh utk suami tapi saya bancuh la satu jag alang2 kan, blh semua minum. Tapi saya pnh ternampak adik ipar saya Si H ambil jag tu dan tuang air teh tadi dlm singki lps tu dia bancuh air yang baru. Bkn sekali saya nampk, dah berkali kali. Sedih rasa hati saya, min. Bkn la saya letak apa2 kat dlm air tu, takde. Sampai mcmtu sekali diorang buat saya. Saya dah tak tahu nak kata apa lagi.
Bab solat pulak, saya tahu solat wajib ditunaikan, tapi tak payah la kita riak, ckup kita dan Allah SWT saja yang tahu dah la. Mertua dan ipar duai diorang selalu solat kat ruang tamu bahagian atas, jadi sape yang lalu lalang memang blh nmpk sape yang solat kat situ. Suami pun solat kat situ jugak tapi saya selalu solat kat dlm bilik tetamu. Yang saya tak thn, mertua selalu cakap saya tak solat. Lps tu dia perli saya dkt ipar duai (perempuan),sambil jeling saya.
Dia kata nti rezeki sempit, hidup tak tenang, tak slmt dunia akhirat. Lps tu ipar yang lain memandang saya sambil bebisik bisik menjeling. Allahu..suami saya tahu tapi jenis diam je tak cakap apa2,mcm yang janda tua dia pnh bertandang ke rumah saya, slumber je masuk dan suami diam je. Mcm kaku.
Macam tu la, kalau dia terdengar pun diorang bercakap dia jadi kaku dan diam. Macam takut.
Kalau saya mengadu, lagi la suami naik angin. So saya pendamkan je semua.
Saya jugak tak nk riak buat ibadat, tu antara saya dan Allah, Jangan macsm orang yang selalu solat cukup 5 waktu tapi menanti dibuat bahan sindir, cacian dan makian. Sedangkan menantu ni jugak lah yang selalu mendoakan mertua dlm setiap sujudnya. Mertua saya tu terlalu riak. Dan terlalu angkuh. Saya tak tahu kenapa dia mcmtu. Mungkin ke sebab dia duduk berseorangan tanpa suami? Anak2 balik waktu cuti je.
Utk pengetahuan semua,arwah ayah mertua saya dah lama kembali ke rahmatullah. Saya pun tak sempat jumpa dan tak pnh tgok pun sejak kawin.
Hanya ada mak mertua saja di sblh suami.
Satu lagi min, bila anak2 mertua saya yang perempuan berkumpul dan bersembang satu kelompok sekali, mesti saya disisihkan. Saya dah cuba bersembang dan cuba ambil hati. Cakap dgn saya dan pandang saya pun diorang taknak. Tambah2 anak perempuan kesayangan mak mertua yang last, yang tu memang sombong sgt, ego tinggi tapi bertudung labuh, menutup aurat.
Apa yang saya tahu dia Sekolah agama dulu. Saya pnh cuba cakap dgn dia, tapi dia tak nk lyn. So, takpelah saya sedar.
Saya ni jenis sedar diri dan bkn ego meninggi mcm family suami saya tu. Bila ada anak2 perempuan mak mertua iatu ipar duai saya berkumpul ramai2 mak mertua mesti ulang ayat yang sama min.
Masuk ni saya dgr ayat ni dah lbh 10x tiap kali balik kpg, mak mertua mesti ucapkan ayat ni kat anak2 dia. Sedangkan saya ada di situ juga.
Bukan saya nak cemburu atau apa pun, min. Cuma tak blh ke jaga perasaan orang sama. Nak orang je jaga perasaan diorang, mana boleh kan. mesti mak mertua saya cakap ayat ni sambil terjerit2 “kita ni keturunan orang acheh, keturunan orang aceh semua lawa2,takda yang tak lawa. Semua cantik, bukan macam dia”..
Muka saya berubah dan saya tunduk diam je. Seolah olah dimalukan. Tapi min, saya ni bkn nak angkat bakul sendiri, orang lain pernah cakap saya ni tak kurang jugak cantiknya, anak tiri saya pun pernah cakap macam tu jugak. Mak saya ada asal keturunan dari minangkabau jugak, sebab moyang saya ada di negeri sembilan, min. Cuma ayah saya je biasa2
Cuma family mertua tu jenis tak banyak tahu psl family saya.
Alhamdulillah adik beradik saya tak kurang jugak. Adik2 lelaki saya yang bujang, semua hensem2,min. Cuma blm kawin lagi diorang, sebab masing2 sibuk cari duit keje. Sebab kitaorang tahu, kitaorang bkn family berada, tak mcm family suami saya yang tak sedar diri tu. Ego meninggi. Masalah nya sekarang minn, Hal janda tua tu dia dah senyap jap takde menganggu dah life saya mgkin sebab saya tak berapa nak melayan sgt dia dtg rumah saya Yang jd permasalahan skrg, mulut mak mertua saya yang teramat PEDIS menguris hati saya.
Tiap kali mak mertua datang rumah saya, saya mesti layan dia elok. Adik beradik suami pun saya layan dengan elok.
Lepas diorang datang bermalam di rumah saya, masa tu barulah mak mertua saya tahu yang saya rajin masak dan bolehh memasak tetapi. Dia pernah request masakan, saya pun masak la debgan harapan mak mertua akan puas hati dan kenyang dgn masakan saya tapi sangkaan saya salah,
Bila saya hidangkan makanan siap ceduk nasi lagi, siap hidang. Mak mertua boleh cakap “nanti lah ye, mak makan.. Mak nak tido, mak ngantuk lah… ” Frust saya rasa, kite ni dh la berperang kat dapur dgn anak kecik lagi. Even anak dah setahun lebih dia memang susah berenggang dengan saya. Dan memang tak nak orang lain jaga melainkan saya. Nenek dia pun dia tak nk. Penyudahnya, suami dan saya dan anak je yang maksn. Mak mertua tak makan, sanggup dia tahan sampai Dia pergi rumah adik suami ptg tu (area dkt je)
Kalau iya pun, jamah la sikit. Macam tak menghargai effort menantu.. Untuk pengetahuan min dan pembaca, Mak mertua saya ni memang lengan dan leher dia penuh blink blink 916 . Faham kan??
So saya yang tak berapa nak ada ni kdg2 macam terasa jugak. Dia kadang2 sengaja buat2 pegang2 blink blink 916 kat leher dia la waktu cakap dengan saya. Mak mertua saya memang kira kategori “LOAD” sebab dia ada tanah berekar ekar,kebun2 Banyak lagi la.
Suami saya bukan tak berkemampuan min, Tapi saya ni jenis, menerima apa yang ada je Dan yang tak de saya tak paksa. Simple je saya ni. Cuma disini saya nak cakap la, Apa yang mak mertua saya buat pada saya saya tak kisah, selagi blh bersabar, saya sabar. Dia kena ingat dia masih ada anak perempuan yang berkahwin dan merantau di negeri orang mcm saya jugak. Jgn benda ni orang lain buat kat anak perempuan dia dah.
Kadang2 benda blh terbalik. Utk pengetahuan semua, sampai skrg penghujung Disember 2018, Saya masih lagi bersabar dan lalui hari2 yang mendatang waalaupun hidup saya tak indah. Tak mcm orang yang ada mak mertua yang blh menerima kekurangan dan kelebihan menantu. Blh bertolak ansur, jaga hati menantu, anggap menantu mcm kwn baik. Beruntung jika sesapa disini mempunyai mak mertua mcm tu. Dan ipar duai yv memahami..
Bkn jenis batu api dan mulut puaka!
Bersayaukur dan beruntung lah korang..
Saya teringin semua tu tp tak dpt.
KEBAHAGIAAN saya hanyalah dgn family saya sendiri,suami saya dan anak saya.
Saya rela tersenyum dlm duka tp saya tahu ALLAH maha adil dan takkn selamanya membiarkan hambanya menderita..Doakan kebahagiaan saya dunia dan akhirat. Assalamualaikum.




