Assalamualaikum admin. kalau dapat share cerita ni terima kasih. cuma nak cerita. saya bersyukur dapat suami yang baik. yang sangat penyayang, bertanggungjawab, jaga solat, pentingkan isteri, subuh lagi bangun kejut ajak solat, kadang ajak solat di masjid sebab masjid sebelah rumah saja. bila saya buat salah tak pernah tengking, dia nasihat saya kadang bergenang airmata dia. kucing dia hilang pun dia nangis sambil renung gambar kucing tu. kesian jugak.
hamster kitorang mat! masa beranak pun, dia tersedar jam 3 pagi sampai subuh tak tidur nangis, dia cakap dia kesian dan tak sampai hati tengok. saya nangis rindu mak dia peluk saya dia pun nangis siap cakap sayang tak bahagia kah dengan abang tinggal dengan abang ” tapi saya isteri jahat derhaka dia usahakan apa yang saya nak, makan , pakaian, semua dia usahakan dapat selagi dia mampu.
kadang solat lepas ja kitorang baca quran dia akan peluk cium saya, dia kata dia sayang isteri dia sangat2.. dia selalu cakap dia tak baik, tapi dia nak sangat jadi suami baik untuk saya.. dia nak sangat bahagiakan saya smbil bergenang airmata dia bila cakap.. ya Allah.. suami ini cukup bahagiakan saya.. terima kasih Allah beri suami sebaik ini terlalu banyak kebaikkan dan pengorbanan dia kalau hendak di cerita..
doakan saya dan suami bahagia sampai syurga..doakan Allah tetapkan hati kami untuk saling sayang dan mencintai, saya doakan anda yang membaca sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat.. insha Allah.. terima kasih




