Assalamualaikum , nama saya isabella kalau pembaca masih ingat , saya disini menceritakan part 2 tentang kehidupan saya. Pertengahan 2017 saya jumpa seorang lelaki, saya namakan dia Q ,tua tetapi masih bujang katanya dia sibuk dengan kerjaya itu sebab dia masih bujang, Saya jumpa dia masa saya sepatut nya layan customer lain tetapi cust tu kena pergi dubai so dia ganti setelah melayan dengan terpaksa dia minta number saya dan selepas itu kita selalu berjumpa, dan dia memberi wang yang banyak, dia mahu berjumpa ibu saya.
Ibu saya suka dia mungkin sebab wang ,mungkin ibu hasut dia macam2 sampai dia sewakan saya dn ibu rumah condo yg cantik mahal dan belikan barang2 yang ibu saya minta pada dia, dekat 30k dia habis kan duit pada ibu saya , macam2 ibu saya beli, rantai emas , beg branded , itu ini, saya tak minta apa pun, sebab saya bukan jenis perempuan mata duitan, saya cuma nak duduk selesa dan mungkin sambung belajar sbb itu yg saya nak , dia treat saya macam2 , pergi travel ke beberapa buah negara, candle light dinner , buat suprise mewah2 kepada saya, tapi saya masih lagi tiada hati, niat saya hanya mahukan ibu duduk selesa dan adik pempuan kecil saya boleh bersekolah dan tidak jadi seperti saya..
selepas berbulan saya kenal dia , dia nampak macam seorang yg jujur ada rasa sikit sayang padanya . tapi pasal parents dia, saya tak jumpa sebab dia tak rapat dengan parents dia. so lepas tu ibu mahu saya berkahwin dengan dia, ibu tak nak buat majlis dulu alasan nya saya masih muda, ibu mahu saya dan dia nikah di negara seberang, setelah menikah pada bulan august tahun lepas ibu saya meminta macam2 , tetapi dia sudah jadi suami saya , dia tak berapa layan ibu, ibu saya marah2 kata tak guna dan memaki hamun saya, bila dia cakap macam tu rasa dah lali , tak kisah maybe sebab suami kata takyah layan, suami ajak duduk dengan dia , lepas tu dia suruh block ibu, dia marah dgn ibu sebab dia saya jadi pel@cur semua, dia kata nak jaga saya elok2, saya ikutkan saja sebab dia dah jadi suami saya.
Tapi saya rasa bersalah dengan ibu, tapi rasa tu tak ada bila ibu buruk2 kan saya dekat soci@l media dengan family saya, dia tak tahu saya bekorban macam2 untuk dia dan ini yang saya dapat daripd dia. saya ada adik perempuan bawah saya, kita orang terpisah waktu kecil sebabkan ibu saya dengan mak mertua ibu berebut kami berdua atas sebab2 tertentu. Setelah 10 tahun lebih , kami terjumpa balik, sebelum saya nikah, saya spent time masa dengan adik bawah saya sebab lama dah tak jumpa, ibu pun syukur dapat jumpa balik adik pempuan saya. selepas itu ibu saya tak kisah sangat pasal saya sebab maybe dia jadi kan adik bawah saya tu sama macam saya dulu so jadi la “another source of income”, suami kata takyah amik tahu dah pasal ibu, suami kata ibu macam ni tak layak jadi mak awak. saya diam kan saja.
Saya duduk sorang di rumah tak dibenarkan contact kawan lama dan ibu mahupun family yang lain saya sendirian suami la kawan suami la itu ini bagi saya waktu tu. sampai satu hari saya rasa curiga dengan suami, perangai dia berubah, tak berapa layan saya semua, 2018 tiba , dia kena outstation, saya tahu dia jujur sebab nampak paperwork dia semua dengan ticket flight, tapi di sebab kan saya rasa perangai dia pelik dah berapa bulan, saya hack whatsapp dia, lepastu dia outstation. memang betul instict perempuan ni kadang2, saya hack whatsapp dia dan nampak dia chat sorang perempuan, contact tertulis “wifey” , sebelum ni takde number ni kat phone dia. bukan number saya ye, waktu tu macam nak gugur jantung, saya nangis, kecewa, lepas saya call dia dan bagitahu semua yang saya contact perempuan tu cakap saya isteri kepada Q , Q terkejut dan bagitahu kenapa menyibuk hal orang, dia berubah terus, off phone dia selama 3 hari dia tak balik, dlm masa 3 hari.
Saya jadi tak tentu arah, tak makan langsung turun 9kg , kecewa nangis sampai lebam ya amat mata ni ha. dah la menipu ada bini pastu hilang, apa punya perangai lah , lepastu dia datang dan jujur dekat saya yang dia dah kahwin ada anak sorang, lepas tu dia harap saya boleh terima, saya tak nak terima sebab saya bukan perampas, saya minta dia ceraikan saya , saya tak kisah saya hidup susah ke apa asalkan tak aniaya kaum saya, Saya jerit macam orang gile sampai dia ceraikan saya dengan talak 3 terus, lepas tu dia lari keluar hilang seminggu, dalam seminggu saya nangis lagi ,berasa kesal kerana terlalu percaya kan Q.
Adik bawah saya nampak saya up status “broken heart” semua, saya nama kan dia lisa , lisa ajak keluar malam tu , enjoy semua, saya minum , merok0k, d@dah semua , enjoy nak melupakan dia, tapi saya bukan jenis ketagih. tapi sebelum tu jangan kecam dulu ya, belum habis, tunggu part 3 (dimana saya boleh katakan “big adventure” . membuat pilihan antara “hidup dan m@ti” , antara negara dan negara kerana saya jumpa sebuah keluarga baru yang bukan dari sini ,baik hati dan sanggup bersusah payah dengan saya) terima kasih sebab sudi membaca cerita saya.




