Assalamualaikum. hide fb saya ye walaupun fake akaun. saya baru je mendirikan rumahtangga buat kali ke dua. saya mempunyai anak 2 dengan exsuami. suami jaga anak 2 dengan exwife. anak2 suami dibawah jagaan exwifenya. selepas nikah saya tinggal dirumah ibu mertua kerana suami mnjaga ibunya yang dah berumur dan tidak bleh berjalan. bapa mertua dah tiada. seminggu saya tinggal dirumah mertua suami dapat kerja di luar kawasan. seminggu sekali suami balik. tinggal la saya dan anak2 menjaga mertua. ibu mertua mula mnyalahkan kami anak beranak. katanya kami menyusahkan anaknya. sebelum ni suami tak pernah kerja jauh. tak pernah tinggalkan ibunya.
hari2 kami dimki, dihina, difitnah. saya dituduh mengandung anak luar nikah demi Allah saya tak mengandung sebelum nikah mak mertua buruk2kan saya pada anak2nya, sedara maranya. semua orang percaya jadi saya dipndang hina. macam2 lagi lah kata2 mertua yang bukan2 sampaikan mak ayah saya yang dah tiada pun dihinanya. suami hilang sabar. saya tak nak suami jadu anak derhaka jadi saya undur diri. suami hantar saya blik kampung. 2 jam perjalanan. mujur ada rumah pusaka arwah ibu. 2 minggu sekali suami jengok saya disini. Alhamdulillah selepas beberapa bulan saya hamil. ibu mertua tuduh saya mengandung anak orang lain.
Allah uji saya sekali lagi baby dalam kandungan ada masalah buah pinggang dan paru2 saya menjalani pembedahan di minggu ke 30. Allah. hanya beberapa minit sahaja anak syurga saya bernyawa. separuh nyawa saya pergi bersamanya. dah 2 minggu lebih saya berpantang. hanya beberapa hari je suami jaga saya. wahai ipar2 tak ade ke sikit rasa simpati kepada saya yang baru kemat!an anak? tolong lah jaga mak sementara suami menjaga saya berpantang. saya tak kuat tanpa suami. tq admin




