salam. saya tengah menghadapi masalah rumah tangga. tak tau la adakah rumah tangga kami ni boleh diselamatkan lagi atau tidak. suami cakap dia tiada keserasian dengan saya dan tawar hati sejak anak kedua dilahirkan (kini hampir masuk 2 tahun)
serumah tapi hidup masing2. dia takda hati dengan saya da tapi tak nak lepaskan demi anak2. katanya tak ingin tengok anak membesar tanpa kasih sayang. bermakna dia nak kami begini sampai bila2. saya taksanggup. terseksa..
saya dah cuba macam2 menambat hati suami… tapi suami lebih suka dengan kehidupan luarnya. dengan kawan2 bujangnya. dengan persatuan keretanya. tengah malam kadang pagi baru balik rumah. Saya cuba ikhtiar mendapatkan khidmat nasihat dari jabatan agama tapi suami tak nak. Macam mana lagi saya nak buat admin.
Saya bukan isteri sempurna. Saya melawan saya degi dan kami selalu bertengkar Ada sebab kenapa saya melawan dan degil. bukan begini sifat saya. tapi saya tetap menjaga anak2. menguruskan makan minum suami dan anak2 menjaga harta benda dan rumah.
kalau ada kesalahan sayang, beritahu lah sayang .. didik dan pimpinlah sayang jangan biarkan sayang dan anak2 di sini….. dulu abang cakap nak bawa sayang ke syurga…. tolonglah abang… sayang pun tak ingin anak2 kekurangan kasih sayang dari ibubapanya.. tapi sayang taksanggup digantung begini… disuruh balik ke rumah orang tua sayang.. orang tua sayang takbuat apa2 takmasuk campur sebab mereka nak abang jemput kami balik.
Saya sudah luahkan semua pada suami tapi suami buat dek. blur.. takdapat nak hadam apa saya cakap. saya hilang arah. Saya berdoa Allah sentuhlah hati suamiku… untuk mencintaiku semula..
Namun, jika jodoh ni bukan milik kami berdua lagi aku minta pada Allah tutuplah hatiku untuknya… sepertimana tertutup dan tawar hati nya untuk ku tawarkan la hati ku untuknya agar aku taksakit lagi Ya Allah… Lindungilah hatiku dan perasaan ku….. Lindungilah aku dan anak2ku dalam menempuh hidup tanpanya Ya Allah ….




