Assalamualaikum. Min tolong hide profile ya. Terima kasih min sebab siarkan. Saya cuma nak tanya pendapat warga krt sahaja. Solution dia kalau lihat pada penceritaan saya ni macam mana ?
So , dalam era serba moden ni min kalau tengok ramai sungguh graduan2 yang tanam anggur. Memang kerja sekarang susah nak dapat. Tak kiralah swasta atau pun gov. Graduan yang dah kahwin lagi la memang takkan dapat kerja lagi-2 yang perempuan. Alasannya komitmen. Nak transfer jauh-2 mana boleh kena ikut suami. Ye ke idok ? Kan transfer jugak suami tak bagi isteri pula yang berd0sa.
Saya pun dah kahwin. Ada dip tapi till now dip tu simpan dalam frame barangkali juga hanyut banjir. ala dip je pun bukan master. Chill la kan. Now suri rumah sepenuh masa. Orang tanya takkan la belajar tinggi2 jadi surirumah sepenuh masa. Dah tu Allah dah atur hidup saya macam ni terima aje lah. Rezeki orang ni lain-2. Kadang aku pun frust juga min. Datang sorang tanya. Datang sorang tanya. Husband saya kerja biasa2 je. Kerja sendiri.
Suatu hari aku dapat idea tak masuk dek akal. “Abang ? Saya nak tanya ni. Abang boleh ke lepaskan saya atau cerai buat sementara waktu?” Masa ni memang cakap tak fikir. Husband pandang lama. Aku jadi segan. “Sedar tak apa awak cakap ni ?” Saya angguk. Husband masih tak puas hati. “Kenapa pula saya kena lepaskan awak? Awak tak bahagia ke hidup dengan saya. Saya ada buat salah ke?”
Perlahan-2 saya gerak duduk dekat tepi dia. “Macam ni, saya rasa saya dah lama menganggur. Sia-2 sahaja mak dan ayah saya hantar belajar tapi lastly duduk rumah jaga anak dan suami. Kalau boleh saya pun nak berbakti dan nak berjasa dekat mak dan ayah saya. Kalau boleh tiap bulan nak bagi duit hasil titik peluh saya bekerja.” Saya dah pergi temuduga banyak tempat tak kira gov dan swasta. Bila sebut je status married/ kahwin diorang terus tanya husband macam mana. Anak macam mana dan sebagainya la
Saya ambil pendekatan untuk kita berpisah dahulu bagi saya dapat kerja yang tetap dan bila dah dapat kita kahwin balik Istighfar husband saya. “Sayang seribu kali sayang. Sekolah tinggi2 tapi otak letak tepi.” Hai macam puisi dia punya ayat. “Awak, ajal maut rezeki tu ditangan Allah. Dah kalau ditakdirkan memang awak jadi suri rumah awak tetap juga jadi suri rumah. Bercerai sekalipun kalau Allah tak izinkan awak dapat kerja. Awak tak dapat juga. Tolong dan tolong panjangkan pemikiran tu. Betulkan niat. Suri rumah pun satu pekerjaan malah awak dapat berganda- pahala.”
Katanya mak ayah dah serahkan saya kepada dia. Saya dibawah jagaan dia sekarang. Boleh aje bagi mak ayah wang belanja tiap bulan guna duit nafkah yang husband bagi. Bukannya bagi semua. Bagi la setengah ke. Saya masih tak puas hati. Semua majikan atas dunia ni memang amek pekerja bujang sahaja ke ? Yang status married ada pelajaran tak amek bekerja ke ? Tahukah anda. Jika menerima kami surirumah bekerja cara kami bekerja lebih daripada orang bujang. Sebab ada komitmen la kami semangat nak kerja nak tolong ringankan beban suami. Kami kerja pun tak main-2 sebab takut kualiti kerja tu tak bagus di mata majikan. Salah ke saya cakap ni ?




