Assalamualaikum. Saya sudah pun di tahap tawakal. Allahuakbar, apa lagi yang ingin saya lakukan untuk ubah isteri saya? Saya tak akan putus asa untuk mendidik tapi kalau isteri saya sendiri yang tidak mahu mengubah, bagaimana saya ingin membantu. Isteri saya selalu marah-marah tanpa saya tahu sebabnya. Saya teringin ingin makan bersama, sembahyang jemaah bersama tapi mengapa isteri saya selalu menolak. Bahkan kalau saya pulang lewat kerana bekerja lebih masa, tiada pun lauk pauk di atas meja. Tak panaskan pun tak apa la, tapi tiada langsung. Saya terpaksa keluar semula membeli makanan bungkus.
Urusan baju anak-anak sekolah saya yang siapkan setiap hari pada waktu subuh. Apa salah saya, saya ingin membelai isteri saya, dicubitnya saya, dia mengelak. Satu hari dia mencabar kesabaran saya dengan membaling segugus kunci rumah ke muka saya di hadapan anak dan saya sangat pantang orang yang marah melibatkan fizikal. Saya sangat kecewa kerana anak saya nampak perangai ibu dia seperti itu. Bila saya menegur perbuatan itu tadi di dalam bilik, dia membentak. Ikutkan hati suami di luar sana, mungkin dah ditangannya isteri seperti itu, alhamdulillah Allah masih pelihara tahap kesabaran saya. Saya sudah pun ajak ke pejabat agama islam untuk minta nasihat, saya ajak juga isteri saya tapi kenapa dia langsung tidak memberi kerjasama? saya hanya ingin yang terbaik untuk perkahwinan ini. Disebutnya pula soal cerai. Istighfar saya di dalam hati.
Saya inginkan isteri yang ikhlas dalam menyediakan makan minum buat keluarga, menjaga kebersihan pakaian kami. Tapi saya rasa terbiar, perasaan zahir dan bat*n saya terbiar. Selalu saya ditinggikan suara, dijawabnya soalan semua acuh tidak acuh. Bertahun-tahun saya lalui keadaan ini dan berlakon tiada apa berlaku jika balik ke rumah mak ayah saya dan mentua. Saya langsung tidak berkira membuat kerja rumah, basuh baju semua kerana saya ada anak. Saya kuat kerana anak. Maafkan saya sekiranya luahan hati dari seorang lelaki ini tiada makna buat pembaca di luar sana, saya hanya anggap ini ujian buat saya. semoga rasa hormat dan sabar ini Allah pelihara agar saya dapat menjaga rumahtangga ini dengan sebaiknya.




