Assalamualaikum.. hai krt. Terima kasih sebab sudi siarkan cerita saya ni kat sini. Maafkan saya kalau bahasa penuliasan saya agak berterabur. OK, begini ceritanya.. Status saya sekarang masih isteri orang ketika ini. Usia perkahwinan kami sudah menjangkau hampir 10tahun. Dikurniakan 3 orang anak. 1 lelaki dan 2 perempuan. Hidup kami penuh ranjau dan duri dari awal pertunangan lagi. Suami seorang kaki perempuan, taik judi dan mabuk. Bila dah berkahwin baru tahu perangai sebenar. Masa awal perkahwinan masa tu saya tengah sarat meengandungkan anak pertama. Tiap malam saya ditinggalkan , dia pula seronok keluar dengan perempuan2 dia yg lain. salah seorangnya, isteri orang. Hubungan mereka dah macam laki bini… suami si perempuan selalu kerja luar. jadi perempuan ni bebas keluar dgn lelaki lain masa suaminya tiada berada diluar kawasan.
Bila dah kantoi. Masa tu saya dalam pantang. saya depression teruk. dan meroyan. Anak diabaikan. Tiap malam saya histeria tak sedarkan diri. Jahitan kat bawak 3 kali terkoyak balik. Memang siksa bila diingatkan balik. Masa ni, suami menangis2 berjanji takkan tinggalkan semua perangai lama. Dia bertakliq.. kalau dia masih buat perkara tu, jatuh talak 3 antara kami. Bertahun2 kami bahagia. Tanpa ada orang ke3. Suami pon dah berubah tak buat lagi perangai lama. Tapi hari tak selalunya cerah. Ketika ni saya mengandungkan anak ke 3. (Tapi saya belum tahu saya mengandung masa ni) . Dia lagi sekali kantoi bermesej dengan perempuan tu lagi (masa ni dah janda).
Jadi, saya mengajak suami ke mahkamah… untuk pengesahan perkahwinan. suami enggan dan buat2 lupa dgn sumpah takliq nya dulu. Bila saya bagitau nak ke mahkmah macam2 ugutan yang saya dapat. Sampaikan ada campur tangan pihak polis dalam hal ini. Prosedur mahkamah makan tahun. Dia sengaja tak hadir ke mahkamah. Hinggalah mahkamah keluarkan waran tangkap. Barulah nampak batang hidung di mahkamah. Tapi lepas tu dia buat lagi… Kejap datang kejap tak.. melambatkan proses berjalan lancar.
Sampailah hari di tunggu2.. dia hhadir. Tapi dia telah menipu dan bersunpah laknat. Mengatakan dia tak pernah bersumpah takliq… Allahu… berat sungguh perbuatan dia itu. Kerana ego tak nak melepaskan, dia sanggup bersumpah laknat. Mahkamah bagi kata putus, yang kami masih suami isteri. Tapi hakikatnya itu hanya hukum dunia. Hukum akhirat dia takkan lepas. Biapon mahkamah mengatakan kaami masih suami isteri.. dia langsung tak jenguk kami anak beranak. Tak bagi nafkah. Bila keluarga suruh rujuk… dia cakap dia takan balik dan tak juga lepaskan saya. dia nak buaat saya gantung tak bertali. Allahu…
Bila saya dan keluarga ke rumah mufti, utk rujuk pasal masalah kami ni, mufti bagitau kami memang tak blh kembali lagi. Sebab talaq 3 dah jatuh kalu ikut hukum islam… sebab dia menipu di mahkamah… Jadi saya pegang kata2 orang yang arif tu. Saya menjaga anak2 saya sendiri tak mengharap 1 sen pon. Hampir setahun dia tak balik dan tak jenguk kami. Saya buat keputusan fail kan sekali lagi kes takliq tinggal di mahkamah syariah. Perkara sama berulang. Dia melambatkan proses mahkaamah. tak hadir ke mmahkamah… dan makan tahun pulak. Sengaja melambat2 kan.
Saya menjaga anak2 sendri tanpa bantuan sesiapa. Sampailah saya berjumpa kembali dengan kawan lama masa kolej dulu kami asalnya kawan biasa lma2 makin rapat dan dia banyak membantu saya dan anak2 pon suka dan sayang sangat dekat dia. Dia tahu pasal status saya. Dia simpati dan beeterus terang untuk menjaga saya n anak2. Dan memberitahu hasrat hatinya ingin memperisterikan saya bila selesai kes nanti.
Tapi bila selalu berdua akan ada syaitn menghasut entah macam mana kami terlanjur. Allahu. ni kesialapan besar saya dan saya dah sungguh2 menyesal hingga hari ni takkan memaafkan diri yang terlalu lemah dan hina. Selepas kejadian, sebulan saya lewat datang haid. Saya dah pelik… sebab tak pernah lewat kecuali masa mengandung dulu. Hati berdebar kencang. Hari2 menangis dan solat taubat..nak check pregnancy, rasa takut sangat. Saya dapat mornibg sickness yang agak teruk.
Bila check kali pertama kosong. 1 line je… xpuas hati. Sebab tiada tanda2 pon nak datang period. Check kali ke 2, seminggu lepas kali pertama. Kali ni check dengan upt digital. Kononnya lebih accurate. KOSONG. Hati llega… syukur sangat. Bertaubat takkan kami ulangi lagi perbuatan teekutuk itu. Tapi naluri kita seorang ibu… dapat merasa dalam rahim ini sudah ada janin yg sedang membesar.. kali ke 3 check terang double line… lutut ketar. Ya Allah dugaaan apa kah ini. Ampunkan aku ya Allah. menangis ingatkan dosa2.. menangis kesiankan baby dalam rahimku ini… mengenangkan nasibnya nanti.
Saya ke klink check… scan… Niat hati taknak simpan. Kesiankan baby bila lahir nanti. bila scan.. Ya Allah baby sudah ada kaki dan tangan. Masa scan tangan dan kaki dia bergerak2 aktif… dah ada denyut jantung. Ya Allah… tak mungkin aku akan gugurkan kamu sayang. kalau saya gugurkan juga, maknanya saya sudah memb*nuh satu nyawa. Anakku sendiri… tak akan… Saya tekad… nak harungi apa saja. Caci hina dari orang lain tak ku endah… dari momy gugurkan kamu sayang.
Hati ni rapuh sangat… bila ingatkan ibu dan keluarga di kampung. biar aku dihina… tapi tak rela hati ini kalau ibu dan keluargaku di hina nanti… Rasa hati tak kuat untuk ini.. Please…doakan kekuatan saya ye semua.. saya buntu. saya akui kesilapan saya.. saya dah bertaubat. tiap hari saya memohon agar diterima taubat saya. Saya tak sanggup menggugurkan baby ni… dia tak berdosa.. Boleh tak sesiapa bagi pendapat atau cara… untuk saya buat supaya anak ini tak tercalit dengan hinaan orang sekeliling nanti.. tak sanggup… dia terpaksa menanggung penghinaan dr dosa2 saya. Terima kasih min. Ni akaun fb fake.