Bismillahirrahmanirrahim admin tolong siarkan ye. Assalamualaikum warga KRT,
Minta pendapat jangan suruh cerai berai pulak. September 2015 .Aku kahwin dengan anak dua, laki aku duda. dari hari pertama kahwin laki aku suka bezakan aku dengan exwife dia. sampai kawan aku badan kurus ,pendek dia kata sama exwife dia. Dari masakkan segalanya…
Pastu dia tipu mama n abah aku kata nak duduk sendiri tapi hakikatnya usung aku bawak duduk dengan mentua aku, segala no telefon dia padam dari fon aku. Tak bagi aku contact mama aku.. aku diam. Benarlah tengah buta cinta. Sanggup aku buta derhaka pada ibu dan ayah aku..
Mula lah episod aku banyak sangat completed nya. baru beberapa hari kahwin mak mentua aku kata laki aku lebihkan bini dari isteri, tidur sama2, masuk bilik tengah 2 malam ,masa tengah b’ehem2 PON dia masuk subuh tengah malam. pernah juga tidur bersama. macam ada madu laki tidur tengah2, mak mentua aku dan aku tidur kiri kanan.. gaji aku semua kat laki aku. nak beli makan apa semua aku macam pengemis akan duit sebab kesian kan suami.. aku gigih kan dunia aku untuk dia walau banyak kecewa.. lepas tu diajaknya aku duduk 3 bulan kat rumah akak ipar aku. ipar aku talam dua muka ,depan aku cakap lain depan laki aku cakap lain. sampai aku kena penampo tumbuk sebab mulut nya.. aku tengah basuh pinggan dibaling ya aku dengan besen. aku dah macam hamba kemas rumah, duit gaji aku PON bagi kat dia, masak PON aku buat kadang aku x sehat je aku tak buat..tapi dicopnya jugak aku pemalas asyik berkepit dengan laki…
Laki aku bawak balik semula rumah mil aku, mil aku macam2 lah perangai dia, aku disahkan preggy.. aku stress tempat kerja dimaki hamun boss orang bawahan lagi. kat rumah PON aku stress. Nak makan ngidam kena sekat. baju spendee semua koyak rabak.. duit gaji aku semua kat laki aku, gambar exwife dia banyak tergantung dalam bilik pakaian hadiah. Aku? Takde PON sikit tak jaga hati aku. Aku preggy masak sendiri tu PON mentua tegur aku dah biasa hidup MEWAH !Arwah atuk aku nazak l.. aku nak balik mentua tak bagi balik. siap cakap esok je kita balik. Allah. atuk aku tengah nazak kot. takkan aku nak jumpa kali terakhir minta ampun PON x bagi.. akhirnya x sempat jumpa dia dah pergi..baru nak pergi balik dah takde nyawa..
Rumah mil aku takde pintu bilik rumah kampung sesuka hatilah dia ambik tudung barang aku sampai aku nak pergi kerja takde butang tudung ,skarf kepala cari nak pakai g kerja cepat rupanya esok elok atas kepala mil aku..mil aku ni ada laki..tapi tak faham kenapa masih nak tidur sama. Sampai lah aku gugur kandungan 15 week.. kena korek sakit ,Ken abius sampai sekarang PON,ditipu diherdik dimaki naik kaki tangan. Masa terkilan sebab mentua aku tengah pantang gugur aku nak kena sula dengan kayu kelambu.. laki aku ,belasah aku..kena tendang penampar dah lali aku ngidam PON kena penampar..sampai satu tahap aku tak tahan dia taknak pindah rumah. Aku lari rumah berjalan dalam pantang kaki melecet.. sumpah aku nekad aku tak tahu nak balik mana sebab aku nak jaga aib laki aku punya bodohnya aku jaga aib laki sampai sanggup nak merempat tepi jalan ,duit tambang syiling aku lari rumah mak angkat aku..taknak family aku tahu bertapa jahat mentua dan laki aku.. akhirnya dia ambik aku pindah rumah
Ingat berubah..tapi kuat mengungkit sepak terajang dah memang makanan. kata duit takde beli HP buat aircond kereta ada pulak duit..makan minum aku diungkit berkira.. aku preggy kali kedua.. ada perubahan sedikit pada laki aku..tapi aku gugur.. dia kata aku mandul..jangan marah kalau dia nak kahwin lain kalau aku tak boleh ngadung..Allah. Sakit sangat hati aku..aku nak kerja balik dia tak bagi.. sampai aku jadi fobia.. kalau dia marah aku lari takut kena sepak terajang..
Akhirnya aku kerja jugak..nak tolong dia.. aku kerja dia selalu buat aku tertunggu-tunggu balik kerja sampai malam 2 jam tunggu x ambik.. sampai aku berjalan kaki tengah malam nak balik kerja.. laki aku ambik macam x bersalah kat tepi jalan jauh kot aku jalan lebih 3 km rasanya…
Aku nekad aku cari gaduh laki aku nak cerai ke apa..aku dah peduli sementara tiada anak.. dengan dia. Tapi Allah nak panjang kan jodoh aku dengan dia aku preggy kali ke 3 , penipuan dia satu2 terbongkar .simpan barang exwife hadiah..kata benci tapi sayang pakai je apa semua..aku nak simpan barang kawan lelaki habis dikoyak nya baju aku semua dimaki di pikul.. gambar zaman sekolah PON habis dimaki kawan aku..kalau dia..x jaga perasaan aku siap simpan itu ini aku diam je.. aku duit tak pernah kedekut tapi dia semua berkira dengan aku.. masa dia kantoi tipu aku..aku dah tawar hati sangat..aku DHA taknak tengok muka dia.. baru nak berubah ?Aku terima nasihat keluarga aku… Jangan bercerai berai.. ingat kebaikkan dia..aku cuba ingat kebaikkan dia je dari jahat.. alhamdulillah aku maafkan dia dengan syarat adil dengan mak ayah aku, jangan mengungkit kaki tangan jangan naik.
Aku mendengus biasa ye! Banyak jugak perubahan dia.. aku mendengus je dia dah kalut pujuk mintak maaf.. aku nak beli baju anak masih dia berkira-kira..tapi aku faham p buat muka tembok mengemis baju anak nak lahir..lupa masa kejadian aku tawar hati aku dah berhenti kerja sebab nak lari lah konon..tapi family aku suruh berbaik..tu aku balik xkerja tengah sarat.. alhamdulillah perubahan dia baik dan baik..cuma kadangkala x tapi maki tu mendapat jugak sampai sekarang..tapi Harini batas aku ada sabar..mulut kan.. lebih sakit dari dipukul..doakan aku korang..aku nak dia jaga mulut je sekarang nii.. hati aku terluka dan xmampu anak nak genap 2 tahun..perkahwinan PON nak masuk 4 tahun. ku nak tambah..aku bukan isteri yang baik..aku akui aku mulut jaahat dan sebarkan aib suami..tapi aku terlampau stress terluka.. bagi lah aku pendapat yang boleh aku ubah diri aku dan dia.. aku dah penat amin emosi setiap hatr




