salam admin salam semua. ringkas cerita nama saya syazira saya 26 saya perempuan kampung perempuan miskin yang tiada kawan dari zaman sekolah sebab keadaan saya yang teramatlah miskin. dulu masa sekolah saya teringin macam orang lain. ada kawan yang boleh share cerita, ada kawan yang boleh kongsi makanan sama2. ada kawan yang boleh berbagi gosip.
Saya selalu jadi mangsa buuli. budak perempuan selalu ejek saya. kesannya saya tiada mood pergi sekolah. pelajaran saya merosot. sebab meental saya tak kuat masa tu. hari2 saya teruk kena ejek. akhirnya saya berenti sekolah. lepas ja saya berhenti, saya kerja restoran. ada lah seorang lelaki ni tiba2 la pulak minat saya. perempuan macam ni pun dia nak. bayangkan lelaki tu pakai kereta mewah. rupa pla hensem tiba2 nak kawan dengan saya.
Tak sampai sebulan kawan dia bawa khawin. banyak orang cakap semua cerita macam ni ada dekat drama tv3 jam 7. na hambik kau. memang ada ok. saya pun tak tahu mata dia ada masalah ka apa sampai boleh pilih saya. dia cakap dia banyak dah kenal perempuan. malas nak bercinta lama2. sebab akhirnya hubungan tak menjadi. dia nak give up suda nak kahwin tapi ternampak saya pula. timbul balik hasrat tu.
Saya cakap saya miskin dia cakap dia ada duit. so settle. nikah la kami.. bermula la kisah saya sebagai menantu di rumah banglo milik mak dia. suami saya cakap nak cari rumah tapi sementara tinggal dulu di rumah mertua. suami saya sofar ok cuma masalah dia saya. dengan background saya yang teruk tu buat saya cenderung nak bergaul dengan orang. asal mak dia tak layan saya sikit saya mula pikir lain2.
Begitu juga dengan suami dan adik2 dia. saya takut kalau saya ada buat diorang tak selesa. saya juga cepat buruk sngka. saya macam menttal. saya da cuba curi2 jumpa pakar tapi dia cakap tu masalah kecik. ye ye saya tau masalah kecik tapi benda tu tak hilang dalam 0tak saya. kalau suami saya macam tak layan2 saya, saya mula la risau kalau ada benda yang saya buat salah.
Macam2 saya pikir jadinya saya jadi tak tentu arah. kalau time makan pula mak mertua saya kaukkan adik dia makanan boleh buat saya terfikir2 juga kenapa tak kaukkan saya sekali. ya saya tau ni masalah kecik. sebab saya tau la saya meluah disini. hati saya ada masalah. saya cuba positifkan semuanya tapi 0tak saya tak nak lari dr fikir tu benda padahal benda simple je kot.
Saya ni dah gilla. saya sedih la dengan diri saya. kadang2 saya benci dengan diri saya.. bagi la saya nasihat. saya solat lima waktu. saya selalu mengaduh. tapi bnda tu tetap jadi. mujurla saya belum buat apa2 tindakan. hanya bergaduh dengan diri sendiri je dalam 0tak.




