salam KRT tolong hide kan nama saya ,saya orang malaysia sudah berkahwin dengan jejaka seberang, selepas kawin saya tinggal bersama suami sekali dengan family die, nak sewa atau beli rumah kat seberang ni bukan senang jadinya duduk lah saya bersama mereka di rumah flat 2 bilik ni.
Lepas tinggal serumah dengan mereka baru saya tahu yang mak mertua saya ni ada masalah menttal sikit. umur baru 55 tahun, Masalah nye makin lama saya duduk dengan keluarga mertua ni saya makin fed up, hilang sabar dengan perangai mak mertua saya ni. mana tak nya kat rumah ni ada dua tandas, tandas bilik saya juga die nak guna.
Lepas tu die macam tak tahu urus diri die, dah buang saham tak cuci tak cebok bila saya tanya die cakap die lupa macam mana nak cebok. lepas tu malam2 saya dan suami sudah tidur die selalu masuk bilik kami senyap2. berdiri dalam gelap untuk melihat suami saya tidur, Pernah sekali saya tersedar tengok die terpacak dalam gelap tengah tengok suami saya tidur mashallah nak tercabut jantung saya.
Masa tu ingat lembaga mana, suami saya tu dah besar dah 27tahun dah kawin dah pun. Dan mak mertua saya ni selalu mengendap saya sedang buat apa kat bilik. macam saya ni tak ada privasi langsung. Mak mertua saya ni buat saya seram lah saya takut saya yang jadi gila nanti. minta pendapat warga krt