Asalamualaikum admin dan warga krt. Saya berkahwin dengan suami 10 tahun lamanya. Kami bercinta di bangku sekolah. Dulu nya si suami aku gelarkan suami kedekut. Kau banyangkan min, gaji suami dalam 8k. Tapi masa tu kami menyewa rumah buruk yang berharga rm250 sahaja sebulan..
Saya marah pada suami min, 10 tahun berkahwin suami tak pernah beri kesenangan kepada aku. Aku tak tau mane duit gaji laki aku semua. Aku tak tanya dia min. Makan pakai kami semua cukup. Cuma aku pun nak shopping dengan kawan2..
Kawan2 aku semua pakai honda, bmw sedangkan aku pakai viva buruk. 10 tahun kawin. 10 tahun juga aku Pakai viva tu. Aku pernah nyatakan kalau aku nak gelang emas harga 5k je min. Tu pun macam2 alasan diberi.. last2 aku tak tahan ngan suami aku min. Suami aku jenis kedekut..
Kebetulan aku kenal dengan seseorang. Dia ni suami kawan aku min, kawan aku asyik cerita kebaikkan suaminya. Beli ini itu. Aku tertarik dengan suami dia.. aku pura2 wasap suaminya. Kononnya nak cari isterinya. Tak sangka dia layan aku min. Kami chat. Meluah masalah kami.. akhirnya kami terjatuh cinta tanpa sengaja. Dan hubungan kami berakhir di atas ranjang..
Aku tau aku salah min, aku di sah kan hamil. Tp aku tak pasti anak siapa. Aku syak anak lelaki itu sebab aku dah lama tak layan suami. Aku tak berselera dengan suami.. aku bagi tahu dia, aku mengandung mungkin anak dia. Dia nak nikahi aku min. Tapi kami terpaksa nikah di siam untuk elakkan isterinya tahu. Lagipun aku sayang isterinya sebab isterinya kawan baik aku..
Sebelum tu. Aku minta cerai dengan suami. Suami merayu2 tp aku tak mahu min. Aku tetap dengan pendirianku. Suami cakap kalau itu yang aku mahu.. dia akan lepaskan tapi dengan syarat anak dengan dia. Aku setuju je min.. lepas habis je idah. Aku terus nikah dengan suamiku sekarang..
Awal perkahwinan kami bahagia, suami pun tidak berkira nafkah zahir batin. Semua cukup.. tapi selepas 3 bulan perkahwinan, suami mula2 berubah. Kandungan saya dah mula nampak nampak min. Saya alami alah teruk. Saya nak suami sentiasa berada di samping saya. Sebab saya kandungkan anak dia min. Tapi hampa. Suami dtg pada saya 1 2 kali je dalam seminggu. Ini tidak adil min.. rumah isteri pertama pun lebih besar..
Pernah saya nyatakan hasrat Nak tinggal di rumah isteri pertama dan aku nak berterus terang dengan isteri pertama. Tapi suami aku tak setuju min.. Pernah sekali aku nyatakan hasrat pada suami. Aku nak melahirkan di swasta. Tapi suami tak mahu min.. jadi saya terpaksa lahirkan anak di gov. Tiba lah masa saya melahirkan min, tapi yang pelik min muka anak saya. Sama sangat dengan muka suami dulu. Cop muka suami dulu.. makin anak membesar, muka makin sama..
Suami sekarang. Mula curiga. Saya pun tak pasti ni anak siapa min. Tapi suami saya sekarang tak memgaku kalau ini anak dia min. Dia mula abaikan saya. Tidak beri nafkah, rumah sewa dah 2 bulan tak bayar. Makan minum aku di abai. Susu anak dia tak beli. Aku hilang sabar min. Aku jumpa isteri dia. Aku berterus terang kalau kami dah kawin. Dan aku layak dapat apa yg dia dapat..
Kawan aku tak percaya kalau kami kawin. Aku buktikan min. Aku tunjuk surat kawin kami. Tapi kau tau apa kawan aku buat min. Dia maaki hamun aku. dia cakap muka anak aku macam anak haram. Sama sangat dengan suami dulu. Ya Allah min. Sampai hati dia cakap macam tu. Dia sebagai kawan buat aku macam ni. Dia aibkan kan aku di facebook min..
Lepastu suami aku datang. Dia suruh suami pilih dia atau aku. Suami pilih dia min. Suami cakap aku guna2 suami. Ya Allah. Malam tu juga aku diceraikan.. aku tiada tempat lari min.. akhirnya aku lari pada suami dulu. Aku tunjuk anak ni. Aku lahirkan anak dia. Tapi suami aku dah tak ada dirumah lama min.. fb dia no hp dia semua aku dah block.
Aku cari dia balik min. Aku rindu suami dan anak aku dulu.. aku tak sangka min, suami aku dulu dah ada rumah banglo. Kereta mewah. Rupanya selama ni. Dia berkira sebab nak kumpul harta. Ya Allah. Menyesal nya aku.. aku jumpa dia min. Aku peluk dia. Aku menyesal. Aku tunjuk masa dia ceraikan aku. Aku mengandung anak dia..
Dia menangis min. Dia tak sangka masa kami bercerai. Kami ada anak lagi. Sedangkan aku memang susah nak hamil. Dia peluk cium anak aku. Tp anak aku takut dengan ayahnya sendiri.. tiba2 dari rumah tu anak aku yang dlu keluar dengan seorang perempuan. Anak aku siap tanya. Ayah siapa perempuan dan budak kecil ni. Kenapa budak ni macam muka ayah..
Ya Allah. Anak aku dah tak kenal aku. Anak aku panggil perempuan tu dengan perkataan mamy. Aku bagi tau anakku. Akulah ibumu. Bukan dia.. aku tarik anakku. Tapi dia tak mahu.. aku merayu2 pada suami agar rujuk dengan aku. Tapi suami tak mahu. Katanya sekarang dia dah ada isteri baru. Isterinya terima dia saat susah. Dan berkat kesabaran. Sekarang mereka dah senang. Ya Allah hancur luluh hati aku min..
Aku cakap dia tak kesian kah anak kecil ni. ? Aku merayu2 agar dia maafkan aku. Perempuan tu kesian kat aku min. Dia setuju kalau suamiku rujuk semula. Tapi masalahnya suamiku tak mahu. Dan anak yang aku lahirkan ini pula ber bin kan suami no 2. Ya Allah. Bantulah aku.




