Raya haji bakal tiba tak lama lagi. Wajib la masa ni nak berkumpul adik beradik kan.
Tapi itu lah, kesian kat bini. Mulut akak² kandung, tiri, ipar ni boleh tahan. Iya lah kami ni pantai timur masakan lain, selera lain. Pernah dengar kat dapur masa tu bini tolong potong2 sayur bawang dia tanya nak potong mcm mna pun kena bahan dan kena sindir . Masa tak ada kereta, belum ada anak. kami berdua balik naik moto je, dari k.l ke kampung. Puas la juga di sindir belum ada kereta. Banyak benda yang membuat hati bini aku terluka, sebab dia mengadu.
Bini aku bukan lemah dengan sindiran. Dia senyum je. Tapi dia tanya, kenapa macam tu? Betul lah min, aku balik kampung bini aku. keluarga dia tak pernah guna bahasa berkias menyindir kat aku. Abang2 ipar sembang elok, cerita cari poket lebih, tapi adik beradik aku min sembang buat aku down sangat. Adik beradik aku yang lain hidup senang mewah. Teringat masa nak kahwin dulu, pinjam duit 1sen tak bagi. Aku kahwin min cuma keluar duit mahar je min. Semua kos kahwin di tanggung pihak bini.aku tak ada simpanan, hidup bujang aku banyak kat kampung jaga mak. Bulan2 abang akak bagi duit.
Dapat temuduga kedua polis dorang tak bagi sebab jaga mak. Sambung berlajar jauh sekali min. Aku mula merantau dulu pun sebab mak dah berkahwin. Nak bersuara susah, iya la aku ni anak bungsu. Bini di sindir aku mampu pujuk je min minta dia sabar. Kekadang aku risau bini hilang sabar. Keluarga aku tak layak hina sindir bini aku, sebab masa aku teruk jatuh hanyut dia lah penyelamat. Dulu kursus kahwin bini yang bayar, majlis kahwin pihak bini je urus, aku balik bawa diri seorang je tanpa ada adik beradik yang datang alasan sebab dorang dah beli tiket holiday.
Awal perkahwinan aku ada hutang² along. Bini aku yang tolong aku bayar. Dan makan minum duit bini aku. Diri aku yang sekarang ni adalah sebab pengorbanan bini aku min. Walau dia sekarang surirumah, tak layak sesiapa cakap bini aku membebankan. Aku bersyukur Tuhan temukan kami. Aku bersyukur dapat keluarga mertua yang menerima ku. Untuk Keluarga aku, hmm




