First, aku nak bagitau yang aku ni ada adik beradik 4 orang.. 3 perempuan 1 laki.. yang laki itulah abang aku.. Sejujurnya, kami adik beradik semua so cial giler. pergi enjoy club malam bagai.. lagi2 abang aku tu, selalu bawak balik perempuan 2, 3orang masuk bilik.. abang aku ni berduit, ada rupa tak pelik lah kalau tak lekat perempuan kat dia..
Perkahwinan abang aku pada awal tahun ni tak dirancang apa pun selalu mommy daddy aku ke oversea tetiba dia cakap nak kahwin. Terkejut beruk kami adik beradik mommy daddy semua.. yelah.. selalu enjoy sana sini.. lebih lagi orang yang dia pilih kahwin tu seorang ustazah, pakai purdah pulak tu.
Awalnya kitaorang macam tak boleh nak terima, yelaaahh, family kita orang ahli ne raka, manakala family diorang ahli syurga gitu.. nak tak nak mommy daddy bagi je lah dia kahwin sebab umur abang aku ni nak masuk 30 dah.. perjalanan perkahwinan berjalan lancar.. sampai lah tahap abang aku bawak balik akak ipar aku kat rumah ni..
Memang saja mommy daddy suruh diorang tinggal kat rumah ni sebab rumah ni banyak bilik.. dia datang kat rumah sinilah aku baru dapat tengok muka kak ipar aku ni.. cantik sangat orangnya.. macam muka Hannah Delisha, tapi 2 kali ganda lagi cantik dari Hannah Delisha tu..
Rambut dia punya cantik kalah dengan rambut aku yang freehair ni kulit mulus putih gebu tapi dia orang kampung je… Asal putih cantik macam ni dah la pandai masak macam2. Semua masakkan dia sedap2.. mommy daddy suka je tengok dia. sejuk hati kata diorang.
Ok2 terlebih puji pulak.. hahaha sorry. Apa yang aku nak cakap ni, abang aku masih buat hal lama dia balik .. aku ingat dia kahwin ni nak berubah jadi ustaz pulak.. rupanya lebih teruk pada Firaun. Kesian akak ipar aku ni. tiap malam tunggu suami dia balik, padahal abang aku sibuk enjoy dengan perempuan sana sini..
Kalau aku balik pagi2 tu, aku dengar kak ipar aku ni mengaji. Aku rasa serbak sangat.. dia tak tahu dia bersuamikan seorang lelaki penzi na.. Yang bagus akak ipar aku ni, Patut ke aku bagitau kak ipar aku ni pasal abang aku? Aku pernah borak dengan kakak ipar aku ni, macam mana boleh kenal abang aku ni.. dia cakap abang aku ni tolong ayah dia masa tu.. dan masa tu abang aku ni terpandang akak ipar aku ni .. terus nak masuk minang…
Akak ipar aku ni mana ada pakai fone macam kita ni huhu … Laman so cial media ni jauh sekali ada… Dia pakai fone orang dulu.. Tapi lama² aku rasa macam terikut-ikut dengan cara kakak ipar aku ni.. bertudung labuh.. ayu je nampak orangnya.. baik. Kenapalah Allah tu jodohkan dia dengan abang aku.. patut ke aku kena bagitau hal sebenarnya pada kakak? Tolong aku please




