Aku dan suami telah berkahwin nak dekat 40 tahun dah. Tapi sejak 5 tahun yang lepas, dia telah menipu dqn curang di belakang aku dan sebenarnya lebih banyak menyusahkan diri aku dari segi kewangan walaupun dia yang sebenarnya bekerja dan mempunyai kerja tetap tapi aku cuma surirumah ft. Daripada dulu aku tetap bertahan dengan perangai dia yang selalu kononnya meminjam duit aku hasil daripada meniaga di pasar2 pada hujung minggu, tu pun bukan slalu aku pegi pasar meniaga, stakat ikut modal dan kelapangan sahaja.
So 4 hingga 5 tahun yang lepas aku dapat tahu yang dia curang dengan aku beberapa kali sampaikan kita orang gaduh besar dan keluarga aku pun tau pasal ni dan aku confront dengan dia habis2 hinggakan beberapa minggu sampai nak berbulan2 juga aku frust, sampailah sekarang ni, msih tak dapat nak lupakan segala perbuatan dia. Aku contact perempuan tu, dan aku cari smpai dapat. Segala info dan contact dia dan mesej2 lcah dorang berdua hingga terjumpa.
Perempuan tu sebenarnya dah berlaki dan anak 3 orang yang masih bawah 12 tahun dan lakinya keja offshore bayangkan umur perempuan tu lebih kurang umur anak kami je. Aku punyalah berang sampai aku forward foto2 lucqh dorang ke laki perempuan tu. Part tu aku tak nak berbual panjang pasal memang laki perempuan tu nak bagi mat! laki aku lepas dia belasah bini dia tapi tak lah sampai mendera kot.Tau la kan bila pasangan kita curang macam mana kita rasa semua dan aku time tu pun sebenarnya nak je biarkan dorang mampus sama2.
Sampaikan aku nak pergi buat police report tapi aku tak teruskan pasal laki aku yang bod0h tu merayu berabis sampai menangis minta ampun maaf apalah semua. Aku frust gila sampaikan bila aku ingat2 kan balik dulu2 time dia susah aku lah yang tolong jaga makan minum dia dan anak2 dengan dia tak berduit aku yang tak bekerja tetap pun dapat bagi pinjam dekat dia setakat nak cukupkan duit poket, aku penat2 bercucuk tanam mencari modal sekerat nak pegi meniaga semua.
Nak ikutkan hati, dah lama mqmpus laki macam ni tapi aku masih waras dan berterima kasih punya anak2 yang selalu dekat dan dengar luahan aku setiap hari sampailah ke hari ini. Nak dipendekkan cerita, aku dengan laki aku masih bersama sampai sekarang dan dia dah tak keja lagi dah, retire. Kita cuba untuk hidup bersama tapi nak berhubungan intim tu memang tak lah. Umur pun dah nak senja kot. Tapi tu lah, hati aku msih sakit bila terigtkan perkara lepas.
Tambah2 lagi laki aku ni jenis yang kepala batu tak sedar diri dah tua walaupun dia tak pernah cakap nak berpisah ke apa tapi aku tau dia jenis psikotik yang bila mana dia susah, dia akan cari aku, dan bila mana dia senang, dia tak kan cari aku dan akan selalu tinggikan suara dia. Nak tolong aku meniaga, lagi lah tak boleh diharap, katanya ni bukan jenis2 keja yang sesuai dengan dirinya. Hina ke keja meniaga ni sambil nak mencukupkan apa2 yang kurang?
Aku cuma nak luahkan perasaan aku ni pasal sampai ke harini aku seperti berpura2 di depan dia walaupun aku berdoa setiap hari dan berharap untuk dia berubah tapi aku tetap risau memanjang bila dia keluar kononnya nak berjumpa dengan kawan atau itu cuma mainan sandiwara dia sebenarnya nak jumpa perempuan lain. Oh ya, sebelum ni dia pernah tipu kitorang hidup2, anak beranak n semua keluarga belah aku dengan hampir semua keluarga belah dia yang
kononnya hp dia tercicir dekat kedai kopi semata2 nak cover up n plan nak jumpa balik perempuan yang dah berlaki dan beranak 3 tu.
Selepas kantoi pun masih lagi sebenarnya dorang bercontact. Yang menyedihkan lagi bila dia dah retire ni, dan dia akan dapat imbuhan dekat puluhan ribu jugak daripada bekas majikan dia tapi dia sikit pun tak bagi dekqt aku, itu aku tak kisah mana, yang penting aku akan suruh anak2 aku minta duit daripada bapak dorang kalau ada yang perlu untuk tujuan study masing2. Selama ni pun bukan bapak dorang pernah bagi dekat anak2 pun, cuma along dengan angah je selalu tolong cukupkan belanja study adik2.
Aku cuma nak tengok anak2 aku semua menjadi manusia yang berguna dan berharap apa yang aku buat ni tak sia untuk keluarga aku. Biarpun aku penat biarpun aku tak terurus sangat dan berat badan daripada 70 kg turun ke 55 kg, aku cuma berharap untuk kesihatan yang baik bersma dengan keluarga aku. Itu sahaja.. Benarlah kata orang tua2 sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga, perempuan diuji ketika dirinya susah, lelaki diuji ketika dirinya senang. Sekian dan tq kerana membaca dan mendengar.




