Salam min. mcm biasa hide profile aku min. aku nak mintak pendapat dekat sini. aku suami, ada anak laki 2 orang, dah kawin 5 tahun, skarang ni aku ada masalah dengan bini aku min.. dia mintak cerai dari aku, katanya dia dah tak sayang aku, hatinya dah tak rasa apa2 kat aku. puncanya aku kurang bagi perhatian dan kurang kasih sayang.. segala nafkah aku tanggung min, bawak pergi bercuti kalau ada duit lebih, tak lepak2, balik kerja terus ke rumah, hari minggu dengan anak2 dan bini saja, kerja rumah pun aku tolong juga sikit2,
tapi aku silap besar min aku ingat aku dah cukup bagi semunya aku mengaku aku silap aku jarang peluk dia malam2 sebab aku banyak tidur di ruang tamu dengan anak2, bini aku orang nya tidur awal.. aku silap sebab tak bimbing dia jadi isteri yang dituntut agama, aku silap sebab mengambil remeh temeh benda yang dia cakap kan.. aku silap sebab tak beri dia ilmu agama… Bini aku baik sangat min, sebab tulah aku sayang sangat bini aku, anak2 dan perkahwinan ni.
aku menyesal sangat min. sekarang aku dah insaf , tapi bini aku tetap berkeras dengan keputusan dia… aku buntu sekarang min, aku rasa hidup aku dah tak bermakna kalau tanpa bini aku.. PATUTKAH aku lepaskan dia walaupun aku tak rela dan masih sayangkan dia.. aku nak minta tolong warga krt doakan supaya bini aku hatinya lembut untuk terima aku balik..




