Assalamualaikum selamat pagi min² dan warga KRT, Mohon jasa baik min2. siarkan permasalahan aku ini ya min. Aku pakai akaun sendiri. Bukan pinjam akaun orang. Tak baik menipu. Masalah aku sekarang bini aku ketagih main PUBG. Asal celik mata ja mengadap menatang tu. Nak tidur pun mengadap PUBG tu dulu. Dia punya main menatang tu kadang sampai 2-3 pagi.
Dah puas aku marah. Aku tegur elok elok. Aku kecam dan sindir. Dah macam macam ayat aku kata kat dia tapi dia macam tu juga. Setiap kali lepas solat pun aku doakan pada Tuhan agar dia berubah tapi Tuhan belum makbulkan permintaan aku. Tinggal tunggu nak talkin tepi telinga dia ja.
Persoalan aku sekarang dan aku mohon pendapat warga KRT Vangers,
1. Patut tak aku cari ustaz@bomoh ubatkan bini aku? Mungkin ada saka game yang tumpang dalam badan dia. Bagi dia benci main game tu.
Atau …
2. Patut tak aku cari bini baru? Yang boleh tumpukan perhatian pada aku dan anak anak.
Aku kesunyian lah min. Tak ada teman nak bersembang dan meluahkan. Makin lama aku rasa makin jauh hubungan dengan bini aku. Dia asyik mengadap menatang tu jer. Mohon warga KRT bantu kongsikan pendapat dengan aku ya. Terima kasih min min dan semua KRT Vangers.




