Salam sejahtera. Saya ingin membuat sedikit luahan dlm page ni. Sebab saya dah berasa sangat down n tersempit dan stress dgn sikap suami.. saya tak tau nak luahkan pada siapa dah. nak luah kan pada kawan-kawan. Berasa sangat segan dah. Saya harap admin dapat hide kan fb saya ni. mengenai perangai husband. semenjak2 ni dia sll mengungkit dgn kehidupan harian kami. beras habis. dia ungkit mkn byk. saya tau la dia sorang je yang bekerja. saya bukan tak nak bekerja. tetapi takda org nak jaga ank saya yang paling kecik. pernah dah berbincang dengan dia. saya kata.
Saya nak kerja. kalau nak niaga online pun susah nak jual. sebab org pun dh pandai beli kat lazada. Shoppe or tempat lain. so sya bagitau dia saya nak kerja. anak cari pengasuh. dari jam 1 sampai jam 5. jam 5 anak saya yang dah besar tu boleh ambil dia dari pengasuh.. tak pa la.. saya yang bayar pengasuh nanti kalau saya bekerja. Saya tak minta pun duit dia untuk bayar. sbb tau dia tak mampu nak bayar.. saya pun faham. tapi keputusan dia. dia tak suruh pun saya bekerja. sebab tak percayakan orang lain tuk jaga anak kata nya. si why nak mengungkit.
Baru2 ni kami beli kereta. Sebab susah kami nak bergerak mana-mana sebab takde kereta. yang ada hanya mitosikal. nak hantar anak masa sekolah masa hujan pun susah. tujuan kluarkan kereta sbb untuk ambil dan hantar anak ke sekolah. sebelum kereta kluar haritu. dia kata. kereta tu hadiah kepada saya. Tapi bila kereta dah kluar. Lain pula jadi. Dan saya pula. hanya ada lesen kereta.. Dulu kan. saya pakai motosikal je hantar ambik anak. Tapi dia tak pernah pun kol tanya saya kat mana. walaupn saya berjalan jauh pakai motosikal. tak pernah dia ambil tahu tentang keselamatan saya bila berada di jalan raya. tapi kereta ni. sedangkan saya ada lesen nak bawa jauh. klu saya dia tak nampak kat rumah dalam masa 15min pun dia balik2 msg tanya kenapa lama. padahal saya hanya ambil anak sekolah. maybe masa saya pakai moto tu. dia tak kira perjalanan saya lama ke tidak. panas ke hujan pun dia tak kisah.
Sekarang. bukan main. siap cakap..kalau minyak habis. “jangan bagitau aku” so yang saya ni. dari mana la dapat duit? Saya tak bekerja…kakak saya pernah pesan ….”bekerja lah…kalau ko tak bekerja…laki ko akan pandang rendah pada ko saja sebagai surirumah”. Yess. tepat sekali apa yang kakak saya cakap. saya sedar. tapi saya tak mampu untuk kluar rumah cari kerja tanpa izin dia. sbb saya dah puas berbincang.. tapi bila saya tak kerja..dia mengungkit….lagi2 kluarga dia…siap bagitau suami saya…”rugi la ko tak bawa kereta. ko yang bayar free2 bagi kat bini”
saya bukan tak suruh pun dia tak bawa kereta. nak suruh macam mana? Nak drive pun tak reti. dan teda lesen. walaupun dia kerja under gov bdn uniform. sedang kan auto pun dia terlanggar depan. ni kan manual. saya perasan juga min. Dia macam tak suruh saya bawa kereta tu. macam susah hati dia kalau saya pakai kereta tu. dia kata. saya yang berubah. Berlagak ada kereta. saya pun pelik. berlagak tang mana? Kalau saya nak ungkit dia pun boleh. tapi malas nak gaduh2 pasal kereta. kalau bukan ahli kluarga saya yang bantu untuk kluarkan kereta. memang takda kereta sampai sekarang. kluarga dia smua senyap bila minta tolong untuk jd granto kluarkan kereta. sbb hati busuk. Takut kereta jatuh pada saya. tapi kluarga saya tak pula berfikiran macam tu..
tujuan diaorg tolong pun sebab supaya senang untuk kami bergerak ke mana-mana. pastu anak2 pakai kereta bila balik dan turun sekolah. Ni tadi dia tanya saya pakai apa ambik budak balik sekolah kereta ke moto saya jawab la kereta terus muka dia berubah dan makan pun komplen tak sedap..sedangkn sama je cara masa dgn sblm ni. nnpk sgt laki mcm tu busuk hati….
Disini…saya nak minta pendapat semua…apa yang harus saya buat? Perlu ke saya cari kerja tanpa izin suami? Kalau saya tak kerja…sampai bila sya nak kna ungkit? Brg dapur smua. mmg dia ada beli. Tapi limited. boleh pakai smggu je. Bawang saya guna separuh. separuh simpan Kadang anak pun tak berbelanja ke sekolah kadang dia bagi rm 1 je saya rsa kat sekolah takda barang yang harga rm 1. dari mula saya kawin. sampai sekarang. saya tak pernah kena bagi belanja untuk sendiri. dlu je..tu pun dalam 3 bulan sahaja.. tapi saya tak la kisah. asal kan brg dapur cukup. anak ada duit belanja. klu takda belanja. beli la barang makan. Supaya boleh buat beksl.. tak beli pakaian baru pun saya tak kisah. setakat ni jela yang saya dapat tulis.. ada rasa ringgan sdikit dapat luah kan apa yang terpendam. berat. Tertekan ngan perangai suami macam tu. bukan saya tak mampu nak bkerja. tetapi dia yang banyak alasan…




