Salam min. Selamat hari raya min. Nak story pasal raya dengan keluarga aku. Baru2 ni masa hari raya ke 4 ,keluarga aku nak pergi tengok bakal isteri abang aku. Kiranya dorang ni tak pernah berjumpa tapi takat wasap2 je tu pon tak pernah dating. Nak dijadikan cerita jugak, Bini aku tengah demam masa tu so dia memang tak ikutlah kami bertandang ke rumah bakal isteri abang aku tu. Tapi aku bawak je anak aku yang umur 3 tahun tu. Yang pergi tu ayah, mak, adik dan kakak perempuan aku serta abang aku tu lah.
Dah sampai semua, sembang2 borak lah kami semua. Abang aku jenis pendiam skit. Lepas tu aku perasan yang sorang perempuan ni asyik pandang2 aku sambil tunduk2..aku dah mula tak sedap hati.
Then, kami sekeluarga pon balik rumah lah, lepas tu tibe2 malam tu abang aku datang bagitahu bakal bini dia dah tersalah orang. Dia ingat aku tu abang aku. Kebetolan wajah kami memang nak iras cuma beza tubuh aku ni berisi sikit sebab biasalah dah kawin, bini bagi cukup makan pakai. Sebab nya dorang ni tak pernah dating, gambar pum tak pernah hantar, just tengok profile wasap je.
Lepas tu aku suruh lah abang aku explain aku dah kawin dah ada anak semua. Sekali abang aku dah putus angin dan give up dah. Dia ckp ‘ko je lah nikah dengan dia dah dia nak sangat dekat ko’. Aduh, bini aku tahu pasal ni esok nya. Dia cakap tulah, nak sangat ikot pergi bila bini tak pergi. Abang aku pum dah start tak mesra dengan aku. Masa aku nak balik kl pum bersalam tak berapa nak sambut. Bakal bini abang aku tu plak kata, dia rasa tertipu sebab dia ingat abang aku tu aku. Eh aku pun tak faham lah . Masalah sekarang, hubungan aku dengan abng aku dah renggang gara2 salah faham ni.. Macam mana nak buat ye. Kalau korang suggest aku untuk jumpa bakal bini abang aku tu memang aku tak akan buat lah sebab tak nak keruhkan keadaan.




