Assalamualaikum. min tolong hide profile aku. Aku ni sekarang tengah stress gak ni min pasal bini aku dah sebulan dah tak balik rumah kami. dia duduk umah makcik dia selama tak balik tu. Nak kata ada minta izin dengan aku mmg takde pun mnta izin. Bosan min sahur sorang2 anak bini takde umah. Aku dah cuba jalankan tanggung jawab aku sebaiknya tapi sampai hati dia buat aku macam ni min. Aku rasa dia merajuk sebab aku tertinggi suara bertegas kat dia nak potong sikit duit bulanan yang aku bagi dia untuk bayar Maintenance bulanan rumah baru kami.
Isteri aku pun bekerja gak min tapi selama aku hidup dengan dia tak ade aku nak suka2 pinjam duit dia meminta2 duit dia min. Habis semua panggilan Talipon, wassap dab fb semua dia block macam mana aku nak hubungi dia. Aku bukan tak nak pujuk min tapi aku segan min dia kat umah makcik dia klu kat umah mertua aku dah awal2 aku gi pujuk balik umah. Aku dah pergi umah makcik dia tapi bila dia nampak aku datang dia buat tak layan je macam aku ni tak wujud pada diri dia. Aku ni bukan jenis naik tangan dan maki2 isteri tapi tak tau lah ape lagi yang isteri ni tak puas hati dengan aku.
Duit perbelanjaan rumah aku tak abaikan aku bagi dia dan pembayaran segala bil2 ,rumah sewa dan rumah baru kami pun dah sama jumlah dengan gaji pokok aku. aku dpt guna duit untuk keperluan diri sendiri dan hulur pada org tua pun guna duit overtime aku je. Nak cium isteri pun kena curi2 time dia tido itupn klu dia tersedar aku cium bini aku dia marah kat aku min apa ke patut macam tu.Nak peluk2 dia time tido pun dia bising2 kata rimas la panas lah padahal kipas dah pasang dua. Aku takde lak curang dengan dia ke dan dia pun memang tau sangat aku bukan ada hubungan dengan perempuan lain scandal ke apa. Nak buat apa aku nak cari pasal cari skandal sedangkan aku masih sayang keluarga aku.
Bila dia buat sikap macam ni terlintas dalam kepala ni nak berpisah je tapi aku fikirkan anak2 je aku sayang anak2 aku min. Dalam kalangan adik beradik aku yang ramai ni pun takde yang bercerai Berai lg. Tapi aku nak pesan gak untuk suami2 di luar sana klu kamu tercabar sklpun dengan perangai isteri kamu tolonglah kalau marah macam mana sekalipun jangan maki hamun sumpah seranah dan naik tangan pada isteri kamu.walau macam mana dia sklpun dia tetap ibu kpd anak2 kamu yang melahirkan putera dan puteri kamu hargai dia.untuk diri aku pula aku akan cuba bertahan seberapa lama lg yang aku mampu.
Agak2 makcik bawang sekelian apa sebab isteri aku jadi camni? Nak kata aku abaikan tgjwb aku aku rasa tidak. Entahlah..doakan aku semoga Allah memberi jalan dan permudahkan untuk aku mengatasi masalah yang aku lalui skrg ni.