Salam, saya nak mintak pendapat semua ni. Saya dgn suami baru je nak masuk 2 tahun kahwin, ada sorang anak yang baru 4 bulan. Dari kahwin sampai sekarang saya duduk rumah keluarga suami. Mula mula memang okay, baik je semua. Lama lama saya dah start tak selesa dengan perangai parents suami.
Ingatkan bila pregnant ni mil belas kasihan la jugak tapi tak, paksa saya buat kerja berat, panjat tinggi tinggi. Lepastu ada je suruh saya makan nenas muda sebab dia cakap tak ada apa pun kalau makan. Kalau anak perempuan dia pregnant memang dia pantang kalau anak dia buat kerja berat. Mil saya memang kuat pilih kasih, saya pulak tak kerja harap duit anak dia memang dia lagi tak suka la.
Lepas ada anak ni, alhamdullilah ada penguat semangat, ada peneman tengah sedih sebab suami balik kerja balik, balik balik tidur. Saya dudduk sana tunggu dia balik jela jadi macam kena jaga mak ayah dia padahal ada abang dia yang tak kahwin lagi boleh jagakan. Saya tak selesa duduk sana sebab mil saya suka burukkan saya dekat sedara mara dia.
Cakap saya suka ddk dalam bilik terperap, kerja pun kena suruh baru buat kalau tak suruh tak buat.
First memang saya suka duduk dalam bilik sebab saya dah memang meluat tengok mil dengan fil saya sebab fil berkira dengan anak saya yang kalau duduk ruang tamu kena bukak aircond lepastu cakap aircond dia kena tanggung 200 300 sebulan padahal yang bukak aircond tu fil. Mil saya pulak kalau saya letak dekat ruang tamu lepastu tinggalkan memang mil akan suapkan anak saya air and bubur.
Bubur je saya sempat elak, air dah selamat masuk dalam perut anak saya yang baru 3 bulan time tu. Macam mana nak buat kerja tenteram kalau layan anak saya macam tu, nak suruh tolong masak apa semua tapi suka hati nak buat anak saya macam tu. Kalau saya pegang anak saya memang dia tak kasi cakap nanti tak besar la apa la, kalau saya letak atas tilam depan saya, mesti mil ambik pegang.
Saya dalam hati kau boleh pulak pegang. Lepas dari tu saya kerap balik rumah mak saya, sebab sini ada adik beradik yang boleh hilang stress boleh gelak walaupun tengah sedih. Kat sana saya simpan suara je memang tak ada teman nak borak nak gelak sebab hadap muka orang yang saya tak suka tiap hari. Mil saya depan memang nampak biasa, belakang saya suka cakap buruk pasal saya.
Mak saya tahu sebab haritu sedara mil saya beli barang perabot dgn mak saya lepastu bercerita pasal saya sebab yang tu mulut celupar sikit. Mak saya pun cakap sebab mil cerita dekat sedara mara la yg sedara mara dia boleh tahu pasal saya. Jadinya mak saya suruh duduk rumah mak saya tapi suami tak selesa sebab suami saya suka melepak and futsal. kalau duduk rumah mak ayah saya, dia jadi tak selesa takut mak ayah fikir yg dia tak jaga anak and tinggalkan saya seharian.
Suami saya memang tak mampu nak sewa rumah lagi, jadinya ustaz cakap saya memang kena banyak bersabar untuk suami mampu sewa rumah. Sampai hal rumahtangga saya diaturkan oleh mil, mil cakap barang anak jangan beli spare pampers satu pack untuk sebulan baju jangan beli mintak dengan kakak ipar je. Saya sampai boleh rasa dah giveup dengan perkahwinan kami. Dah rasa tak nak teruskan sebab tak larat nak hadap perangai mak ayah suami.