Assalamuaikum.. Saya tahu ramai yang kecam saya nanti. Saya berusia pertengahan 40an. Sudah bkahwin Isteri saya lebih tua dari saya. Masalah nya sekarang saya ingin menikahi bekas kekasih yang pernah saya aniaya suatu ketika dulu dan dia seorang mualaf. Saya rasa saya patut menebus kesalahan saya padanya. Dia adalah wanita yang paling saya sayang seumur hidup saya.
Saya salah kerana meninggalkan dia dulu. Saya tahu dia ada dalam krt ni sebab saya selalu nampak dia komen. Dia masih cantik seperti dulu.. Saya selalu menghubunginya dan bercadang ingin menikahinya tapi belum sempat rancangan kami bernikah.. Isteri saya mengetahuinya. Habis dihinanya kekasih saya. Dikatanya perempuan sndal. Ya allah.. Demi allah saya katakan dia bukan seperti yang didakwa.
Dia perempuan yang baik. Sangat baik. Dia tak pernah meyarankan saya menceraikn isteri saya atau sebaliknya. Malahan saya bagi duit belanja pun dia tolak. Katanya tak akan kahwin dengan saya selagi isteri saya tak benarkan.. Saya diugut isteri dan keluarganya untuk meyebarkn aibnya. Tergamak kau wahai isteri sedangkan kau sangat baik dalam pahaman ilmu agama berbanding kekasih saya yang mualaf ini. Dia masuk islam dulu kerana saya. 17 tahun sudah berlalu.
Lama saya mencarinya sebab ingin menebus kesalahan padanya. Tapi masa itu dia isteri orang. Saya cuma mampu mendoakannya. Sehingga sekarang ugutan demi ugutan isteri saya dan keluarga keluarganya lakukan hingga mengugut ingin meyimbah asid padanya. Allahuakhbar. Kerana sayang kan dia apa apakan saya menurut tapi jiwa saya terseksa…
Si dia memang menolak saya baik baik. Katanya bukan takdir kami untuk bersama. Dia dah lama redha. Dia dah lama maafkan saya.. Sedikit pun dia tak berdendam dengan saya.. Malahan dia jaga elok2 anak luar nikqh kami.. Hanya baru2 ni saja saya mengetahui yang saya punyai anak bersamanya. Betapa hinanya saya kerana membiarkan dia sendirian suatu ketika dulu. Kini sekali lagi dia pergi dari saya..
Awak… Biarpun saya tak dapat bersama awak dan anak kita dihayat ini. Ketahuilah bahawa hanya awak dihati saya. Saya mohon pada allah semoga kita dijodohkn di akhirat.. Maafkan saya kerana menganiaya awak dan anak kita.. Saya hanya mampu mendoakan awak selamat dan dlindungi allah dimana saja…
Ingat. Jaga diri baik2 ye ..Saya sayang awak dunia akhirat. Maaf min lupa bagitau.. Si dia yang saya maksudkan sepuluh tahun lebih muda dari saya. Saya yang jahat kerana rosakkn masa remajanya.. Maaf kan saya awak.. Saya sangat berdosa pada awak




