Assalamualaikum.. Terima kasih kerana menyiarkan coretan ini. Aku hanya ingin berkongsi mengenai isteri hamba kepada suami. Aku dibesarkan dalam keluarga yang harmoni. Tiada beza antara lelaki atau perempuan. Kalau mama masak kat dapur, aku, abang kakak semua turut bantu di dapur. Hari cuti pun papa tolong kat dapur. Kami gembira. Tiada makna anak lelaki berehat atau sebaliknya. Semua kerja rumah kami lakukan atas dasar tolak ansur. Siapa yang free, sila tolong di dapur. Tidak kira anda lelaki atau perempuan.
Namun berbeza dengan keluarga suami aku. Dalam keluarga mertua, lelaki diberi keutamaan, disanjung, dilayan bagai raja. Perempuan serba serbi kena buat. Bayangkan yang lelaki, minum air depan tv, lps habis tinggal kt situ. Yang perempuan kena kutip. Begitu jugak bila makan ramai2, golongan lelaki rileks main game kat depan, yang perempuan handle anak nangis, sambil masak sambil hidang makanan. Lps tu golongan lelaki makan dulu, dh makan tinggal sisa2 pinggan atas meja. Yang perempuan kena kemas meja, sambil2 layan anak nangis. Yang lelaki sambung main game dalam rumah sambil bergelak ketawa.
Situasi ni buat aku sakit hati. Sumpah sakit hati. Ye memang isteri perlu layan suami baik2, tapi si suami tak boleh ke tolak ansur tolong jaga anak masa para isteri tengah masak. Lepas makan basuh lah pinggan masing2. Tak nampak dayus pun basuh pinggan sendiri tu. Keluarga suami ni jenis suka berkumpul ramai2 time cuti. Memang tiap kali balik rumah suami, aku jadi badmood. Bayangkan, para suami main game kt ruang depan, mak mertua terhegeh2 hidang air. Lps pergi kait kelapa untuk masak. Memang para lelaki kerja dia rileks makan tido je.
Mula2 dulu suami aku pun mcm tu, tp apabila dah selalu tengok keluarga aku mcmanana, suami aku dh berubah lah sket. Dh hilang sket sifat selfish dalam diri tu. Kalau tak, dulu asal balik kerja, dia rileks main phone. Aku pun balik kerja jgk, dengan anak merengek, nak masak lagi. Nasib baik sekarang dah berubah.
Satu lagi, bertapa mertua aku ni agungkan anak lelaki. Pernah masa tu adik ipar aku umur 13 thn, dia nk makan nasi. Dia dah ada kat dapur, duduk kt meja makan. Lepas tu dia laung2 mak dia yang tengah tido kt depan suruh letakkan nasi. Mak dia pun terhegeh2 bangun, tp tiba2 dia pening kepala kot. Dia pun panggil anak perempuan dia suruh letak nasi kt yang lelaki umur 13 tahun tu. Serius ah weh. Boleh letak sendiri kot.
Pernah jugak masa aku ganti puasa umah mertua aku. Dh nak masuk waktu berbuka, aku suruh suami aku jaga ank aku, aku nk berbuka. Suami aku xpuasa kot. Masa aku tengah makan mertua aku bising kenapa aku makan sorang2 dia suruh hidangkan untuk suami aku sekali biar dia jaga ank aku. Aku baru je mkn 3 suap, anak aku dah menangis sebab tak biasa dengan mertua. Lepas tu mertua panggil aku suruh aku jaga anak, biar suami aku yang makan dulu. Tolonglah.. Yang puasanya aku, bukan suami aku. Terus aku masam muka kt suami.
Pernah jugak aku pergi kenduri dengan keluarga mertua. Masa tu suami aku kenyang lagi, jadi suami aku suruh aku makan dulu, biar dia jaga anak aku umur 2 tahun tu. Masa aku tengah makan, tiba2 mertua aku suruh aku stop makan,lepas tu suruh aku letak makanan untuk suami aku. Ya Allah.. Aku pantang sungguh kalau aku tengah makan lepas tu orang suruh brenti. Memang aku rasa biadap giler perbuatan tu. Tapi aku tak stop pun, aku makan je. Lantak lah nk terasa pun.
Ni dh masuk ramadhan, malasnya aku rasa nk pergi umah mertua. Aku memang orang paling penat. Aku lah jaga ank, akulah hidang makanan, lepas tu suami kena makan dulu,.. Semuanya aku. Yang para suami kena layan mcm para wali.
Aku rasa sangat tak betul macam tu. Memang suami perlu dihormati, tapi isteri juga perlu disantuni. Bukannya dahulukan suami dalam semua perkara hingga isteri dah mcm hamba. Come on, its 2019 already, buangkan minda kelas ketiga kita tu. Perkhwinan adalah saling tolak ansur. Saling menyenangi dan membantu. Sekian.