SYURGA YANG AKU RINDUKAN. salam admin dan warga krt mohoh hide profle ye. maaf kalau ayat terabur dan tak berape faham sebab masa tlis ni air mata tak berhenti jatuh. harini genap seminggu suami aku melafaskan yang dia dah tak sayang dan takcinta aku ye dia dah buang aku dari hidup dia, lagi berape hari aku ada peluang selamatkan rumahtangga aku dan untuk aku semai semula kasih sayang kami.
Macam mana semua ni berlaku? semua sebab salah aku ujung tahu lepas aku melangkah keluar dari rumah duduk rumah famly aku kerana salah faham dan pertengkaran kecil dengan suami aku, dan aku ingat suami aku akan pujuk aku untuk balik seperti selalu tapi tak. dia cuma cakap nak kami jauh sebab katanya makin jauh makin rindu dan sayang, aku iya kan je..
kami jarang jumpa. dia cuma balik sebulan 2 hingga 3kali je. tapi tak pula aku tau dalam diam dia main cinta dengan kawan 1 tempat keje dia, mula2 aku tak syak ape tapi lama2 semua jadi pelik dan naluri aku sebagai seorang istri terusik. aku jumpa gambar perempuan tu dalam fon suami aku tapi bukan berdua, gambar pmpuan tu sorang.
Aku cuba fikir positif, ldpas tu aku nampak no perempuan 2 call suami aku dan masa call tu 20 minit. aku tanya suami aku cakap dia call tanya keje (masa ni perempuan tu dah berhenti keje) dan aku fikir positv lg. sampai bulan 5 taun ni hati dan naluri aku betul2 terusik dan rasa ada tak kena sebab sikap dan layanan dia pada aku dah lain.
Aku cube buat wasup web, bukan niat tak percaya, aku memang bagi kepercayaan sepenuhny kat suami aku, aku sekadar nak tau je mana tau hati aku je yang fikir bukan2. tapi memang betul naluri aku, pagi tu lepas subuh aku tergerak nak kol no perempuan tu, aku tanye semua kat dia tapi dia cakap kawan je tak lebih, ni bukan kali ptma dia cakap kawan je, tapi aku fikir positif tak nak tuduh2 dulu.
Lepas tu masa laki aku nak pergi keje aku buat biasa dia pun buat macam tak ade ape berlaku, aku try wasup suami aku kalau dia ada ape nak terus terang kat aku tapi dia cakap tak ade dan dia cakap jangan risau dia setia dengan aku. Aku cuba relax lagi. Aku tengok wasup web yang aku buat mula2 tak ade ape yang berlaku. macam biasa wasup2 orang keje dan group je.
Tapi tibe2 dia save nama perempuan tu. sebelum ni tak ade nama pun, dorang mula wasup, alangkah terkrjutnya aku bile laki aku pnggil perempuan 2 sayang, berderau rasa hati aku. Semua2 wasup2 aku ss aku simpan dalam telefon. aku call kat suami aku cakap semuanya dan tunjuk bukti mula2 dia tak mengaku dia marah2 tapi lelas tu dia suruh aku izinkan bermadu.
Allahu sunguh aku tak rela dan tak sangpup aku tak nak berkongsi kasih. aku diam langsung tak layan dia bebrapa hari. aku blok dia semua kcuali di fb. dia msg aku kat fb suruh aku kembali ke pangkuan dia, dia mrayu2 minta maaf. Dia janji berubah, aku lembutkan hati maafkan dia dan kmbli ke rumah kami. bila aku dah balik aku ingat dah berakhir semuanya tapi tak. Dorang masih berhubung senyap2.
Hari2 kami gaduh dan setiap tu la aku maafkan dan bagi peluang tapi dia tetap ulang kesalahan dia. sampai masa awal bulan puasa tu dia hantar aku balik rumah mak ayah aku sebab dia cakap bagi dia masa nak buat pilihan sebab dia tak boleh lupa perempuan tu. rupanye masa start aku keluar rumh, dorang banyak masa bersama dan selalu jumpa sampai dah terlanjur tapi aku tetap maaf kan sebab aku terlalu sayang dan percaya suami nak berubah.
Sepanjang puasa tu dia diam langsung tak telefon wasup tak tanya kbr aku, aku angap dia betul2 d h tak nak aku jadi aku diam bawak diri aku yang terluka sampaila 5 hari nak raya dia cakap dia pilih aku dia nak bersama aku dengan anak (aku dengan dia tak ade anak ni anak aku sebab dulu aku mengaku aku liar dia la yang sangup jaga anak aku dan terima aku seadanya dari anak aku masih merah) dia cakap bagi dia peluang.
Demi anak kami aku sangup bagi pluang. kali ni aku yakin dia betul2 nak berubah sebab suami aku dah tukar no jadi aku ingat dia memang betul2 dah lupakan perempuan tu tapi aku silap tepat hari ryang ke5 dia mula buat perangai sampai la sekaramg. dan semingu yang lepas dia luahkan dah tak sayang aku tak cintakan aku benci kat aku. ape salah aku? dia cakap nak menyendiri tak nak sape2.
Aku tak taa sama ada dia tipu aku atau bstul dia buang aku sebab nak hidup sorang2 tapi aku yakin naluri aku kuat menyatakan dia buang aku sebab perempuan tu sebab perempuan tu pernah cakap dengan aku akan tungu dia sampai bila2. kalau betul la sampai hatimu suami buang kami sebab dia.
Dulu kite susah tak ade ape2, kerje pun gaji tak smpai 1k, nafkah pun kadang2 tak bagi tapi aku iklas masa tu aku tak pernah berganjak walau sikit pun tapi bile kamu dah senang kamu buang kami. Lagi beberapa hari ni dia akan ceraikan aku, tapi masalahny aku tak nak aku terlalu sayang dia ape je salah dia aku maafkan aku tak sanggup nak tengok anak aku merana sebab hanya dia jela satu2 nya ayah yang anak aku kenal.
Ape yang aku perlu buat? aku buntu?macam2 aku buat nak amik hati dia aku tak pernwh abaikan makan minum pakai dia walaupun dia tak nak makan tak nak layan aku. dia tak sentuh aku lagi. Aku terlalu rindu dia hati dia betul2 keras. yang pling aku terkesan anak kami dia dah tak layan. dia buat macam sampah sudah hati ni tengok anak yang tak salah dilayan macam tu..
Aku sayangkan perkhwinan aku ni, wahai suami kenapa mudah sangat kamu cakap tak sayang tak cinta pada istrimu. ape salah aku? kenapa mesti buang kami?macam mana susah nak dapatkan kami dulu tak kan senang2 nak buang kami??ape perlu aku lakukan aku tak nak pisah aku tak nak anak aku tak ade ayah aku tak boleh nak lupakan dia sebab aku terlalu sayang dia dengan perkhwinan aku..




