Salam min…tolong hide fb saya ye terima kasih. Saya nak mintak pendapat sikit kat KRT ni. saya seorang suami dan mempunyai seorang isteri dan anak lelaki serta isteri sekarang tengah hamil anak no dua. tinggal di bandar. dah kahwin hampir 3 tahun alhamdulillah kami hidup bahagia tapi masalah kami adalah mertua saya yg kat kampung tu min. mertua saya masa kami mula2 kahwin okey ja perangai. depa mintak duit pun tiap2 bulan saya bagi tapi lepas adik2 ipar saya bergaduh dgn saya punca depa mintak duit saya tak bagi terus mertua saya call maki hamun saya. adik2 ipar ada yang dah abis sekolah pun taknak kerja harapkan duit orang…
lepas tu depa buat fitnah cerita buruk kat jiran2 dan sedara mara depa kata saya tak bagi isteri saya keja padahal isteri saya yang taknak keja sebab nak jadi suri rumah serta jaga anak saya…pernah anak kawan mertua saya post kat fb kutuk2 isteri saya cakap isteri saya lupa diri lupa keluarga. di sebabkan kejadian2 tu isteri saya taknak balik kampung jumpa mak ayah dan adik2 dia…tapi tiap2 tahun saya pujuk dia ajak balik kampung beraya dgn family dia tapi faham2 jela kalau kami balik sana. Kena perli2 sentiasa dgn family mertua pasal tak bagi duit.
Depa layan anak saya seperti orang luar padahal cucu depa tu. bila saya bersuara mertua saya nak bergaduh bertumbuk dengan saya. hmmm camne cara lagi nak mengahdapi benda ni? Kadang2 saya bntu tak tau cara nk atasi bnda ni ikut kan boleh je buat b0d0h tapi dah fikir kluarga isteri punya pasal jadi saya sabar je dan mengalah.. Tapi kalau perangai pun tak ubah2 lama2 buat orang fdup.. Tolong warga krt adakah perlu saya buat tak tahu dan pekakkan telinga?




