Salam.Terima kasih admin sudi siarkan tentang kisah realiti ni.Ni saya guna fb kawan saya .Harap admin hide nama fb ni.Tq. Mcm ni. saya dua hari lepas dapat aduan dari anak laki yang berumur 8 tahun. Dia nampak ada budak pompuan yang berumur 14 tahun duk di meja makan sekali dengan suami saya. Suami saya umur lebih kurang penghujung 30 an. Budak pompuan tu anak kepada tokey kedai tu. Kawan suami ada yang lelaki pun join sekali makan situ. Tokey kedai makan tu.. saya kenal. Dia orang kampung saya. Kami ramah juga bila bersembang.
Ok. Berbalik semula pada aduan awal dari anak saya. Anak kata, dia kebetulan lalu tepi kedai tu. dia nampak budak pompuan tu sambil berborak bergurau senda dengan suami saya, dia ada cubit2 lengan tangan suami sambil gelak2 ketawa. Lepas dengar je anak laki cakap mcm tu. huhu saya rasa nak marah juga. Ye la. Yang pelik tu, bila time saya ikut suami lepak situ, tak da pulak budak pompuan tu bergurau2 or main cubit2 lengan tangan suamiku. kan. korang pelik tak??
Lepas saya dapat aduan dari anak saya tu saya cuba bertenang dan saya tunggu suami balik dan saya tanye dia dengan gaya bahasa yang sopan. Betul atau tak ape yang anak saya cerite tu. Mula2 suami sengih2 . Tapi dia ngaku juga. Dia kata mereka sembang biasa2 je hal budak2. dan tak lebih dari tu. dan suami ada kata. dia dah ngelak dari dicubit budak tu. Tapi budak tu. yang buat dulu.
Entah la. tak tahu mana satu yang betul. Cuma. saya nasihatkan suami. Lain kali buat2lah buzy dan jangan layan sangat budak pompuan tu.
Tak kisahlah gurau ke ape ke. Tapi saya sebagai isteri tetap rasa jelous, dan tak suka sikap budak pompuan tu yang beramah mesra dengan suami orang. Walaupun dia budak, dari awal la kita kena cegah sebelum terjadi lagi benda2 negetif yang lain2. Minta dijauhkan. huhu.
Harap mak bapak dia tegurlah kelakuan anak dara tu. Jaga elok2 batas pergaulan dengan pelanggan kedai terutama pelanggan laki yang berstatus suami orang.
Saya memang takkan jumpe budak tu sebab saya nak elak dari pergaduhan dan tak nak dia kecil hati dengan teguran saya. Yang haram tetap haram. Kalau nak main cubit2 lengan laki.. pi cubit lengan tangan orang yang kategori halal ok.
Ada tak sapa2 yang pernah alami situasi saya ni. Ape yang korang buat ye.




