Salam min. Tolong hide profile sy. Sy mulakan dengan kisah berlaku tahun ni iaitu pada tahun kesepuluh usia pkahwinan. Selama ini sy mempercayai suami walaupun sebelum2 ni ada juga blaku dia dikaitkan dengan prempuan tapi alasannya dia memang begitu, ramah dan mesra dgn semua org. Dan sy mempercayainya. Namun demikian segalanya berubah selepas kejadian hitam ni. Sebenarnya sy sudah lama tidak check hp suami sebab sy. mempercayainya tambahan pula sy penat kerana bekerja dan menguruskan anak kecil yang belum
Sampai usia setahun.
Dipendekkan cerita, pada satu malam suami terlena ketika bermain dgn hp dan hp masih terbuka. Sy terpanggil untuk melihat siapa yg dia mesej pada waktu malam sekitar pukul 9.30pm. Mesej itu rupanya dari seorang perempuan yg mbahasakan dirinya syg dan suami bie.. dia mahu mendengar suara suami sy sblm tidur dan meminta supaya suami sy call. Sy terus zoom profile pic dan alangkah terkejutnya sy kerana prempuan itu sy kenali.. dia merupakan isteri kepada sepupu pertama suami sy.
Sy masih cuba bertenang dan check fail gambar dlm hp suami..terdapat lebih daripada 60 gambar prempuan tersebut dlm hp suami yg ada antaranya dlm keadaan separuh b*gel, hanya bkemban dgn tuala dan gambar yg menayangkan pangkal paha.. terdapat juga screenshot mesej2 sweet dalam tu yg antaranya suami mengatakan hatinya hanya utk prempuan tersebut dan jasad saja yg berada dirumah, mesej tentang janji2 utk membelikan cincin dan hadiah kepada prempuan tersebut.
lebih mengejutkan lagi mereka sudah keluar bersama dan buktinya terdapat gambar selfie bersentuhan bahu badan dalam kereta yg sy kongsi bayar dengan suami. hancur luluh hati sy ketika melihat gambar tersebut kerana betapa suami sanggup mengkhianati sy dgn melakukan maksi*t didalam kreta kami. Sy kejutkan suami dan btanya tentang perkara tersebut. Suami menafikan dan bkata itu semua bukan mesej dia tetapi mesej kawan dia yg pinjam telefon dia. Sy cuba btenang dan menunggu supaya suami bercakap benar (pada masa ini sy belum tunjukkan gambar selfie mereka).
Sy tunggu 7 hari untuk suami bcakap benar tetapi suami tetap mengatakan bukan dia. Dalam tempoh 7 hari itu, perempuan ini telah mesej sy dan mengatakan perkara yg sama.. mengatakan mesej2 nya itu bukan utk suami sy tetapi utk kawan suami sy yg kononnya telefon rosak. Mesej prempuan ni sy x balas kerana sy tahu dia menipu dan sy masih menunggu utk mereka blaku jujur dgn sy. Walaupun demikian rupanya mereka terus berbohong.Pada hri ke7 sy akhirnya menunjukkan gambar selfie suami bsama prempuan tersebut. Suami terkejut dan mengakui kesalahan dan kesilapannya dan merayu untuk bina semula hidup baru dgn sy.
Sy call perempuan tu dan tanya sekali lagi, dia tetap teguh mengatakan gambar2 dan mesej2 tu bukan utk suami sy tetapi akhirnya mengaku apabila sy hantar gambar selfie mereka tu. Prempuan ni juga merayu supaya sy x kaitkan suaminya dan minta tolong supaya sy x beritahu suaminya tentang semua yg blaku.. Sy memang mahu beritahu family suami tetapi sy masih fikir kesannya kepada suami dan sepupunya. Sy berasa sakit hati kerana kenapa sy perlu jaga aib mereka sedangkan mereka tidak pernah fikir perbuatan mereka itu sgt melukakan hati sy. Malah sy hilang kepercayaan dgn suami.
Skrg ini sy cuba bagi peluang kedua tetapi masalahnya sy x dapat melupakan apa yg suami buat, setiap kali keseorangan sy sering terbayang2 gambar2 mereka dan mesej2 mereka, screenshot videocall dan banyak Lagi. Secara jujur sy mahu selamatkan rumahtangga sy dan sy masih ada perasaan syg terhadap suami tetapi skrg sy cepat marah, hilang rasa hormat kepada suami, hilang kpercayaan, malah timbul pula rasa benci dgn family suami. Kenapa sy rasa begini, salah satu faktornya ialah selama ini sy sedaya upaya tolong suami dari segi kewangan utk kurangkan bebannya dan sepanjang 10 tahun tu hanya beberapa bulan pertama sahaja dia ada beri nafkah wang dalam rm100 sebulan.
Walaupun demikian sy tidak kisah sbb sy sendiri pun bkerja dan pkerjaan kami sama. Namun rupanya suami x mghargai apa yg sy buat. Sekarang, sy nak minta pendapat kepada wanita2 disini yg pernah mengalami situasi dicurangi.. apakah yg perlu sy lakukan agar sy dapat mempercayai semula suami sy? Bagaimana supaya sy dapat lupakan perbuatan mereka kerana sgt sukar sy rasa sbb bkemungkinan boleh bjumpa dlm acara keluarga?




