Salam admin dan warga KRT. Tolong hidekan FB saya ya.. Salahkah aku kalau aku nak nikah lagi 1 sebab aku rase sunyi hidup berkeluarga seperti ini. Kisahnye begini, segala keinginan isteri aku turuti Nak kerja aku benarkan walaupun nafkah bulanan 3k aku bagi. Gaji dia aku tak usik sesen pun. Aku sunyi sebab walaupun tinggal serumah tapi jarang berjumpa sebab faktor masa kerja berbeza.
Rase maid aku ni macam bini aku plak sebab dia yang jaga hal2 rumahtangga.
Pernah ajak berbincang supaya dia berenti kerja tapi dia tak nak sebab alasannye tak biasa duduk rumah dan itulah permintaan dia untuk bekerja sebelum kitorang nikah. Pernah aku cakap dengan nada gurauan yang aku nak cari isteri baru yang boleh duduk rumah. Dia cakap cuba la cari, tau la ape akan jadi.
Dari situ aku tau yang dia tak bagi….hmmm. Walaupun aku tau yang aku mampu berbini 2…huhuhu Aku tak sekejam tu. Untuk hilangkan sunyi dalam diri ni aku buat isteri aku merana. Sama2 hidup susah senang. Aku sentiasa berdoa agar terbuka hati dia dengan permintaan aku ini ( Berhenti kerja atau benarkan aku nikah lagi ) Mohon pandangan warga KRT




