iSTERIKU KUSAM
Kisah suami yang bekerjaya tinggal berasingan dengan si isteri tercinta setelah 6 bulan di perantauan mencari rezeki, suami pulang dengan hati yang gembira akhirnya dapat bertemu anak2 & isteri tercinta.
setelah sampai di rumah, si isteri menyambut kepulangan suami dgn menyambut salam. muka suami tiba-tiba berkerut dan berkata di dalam hati ” kenapa kasar sangat tangan bini aku” dengus suami di dalam hati. Hilang separuh mood gembira pulang jumpa isteri.
beberapa hari kemudian, suami termenung jauh sambil memandang si isteri memasak. kenapa tangan isteri aku xmulus? kenapa dia nampak penat walaupun selalu tersenyum?
duhai suami,
sepanjang ketiadaan kamu. dua tangan isteri itula urus segalanya. tangan dia kasar sebab terlalu banyak buat kerja. si isteri urus segalanya agar anak2 hidup dengan baik. dapat makan dapat rehat dan bermain dengan bahagia.
Kau pernah nampak tandas rumah ko berkulat? pernah kau sental x sepanjang kau balik? xde kan. sebab isteri kau selalu sental tandas nak pastikan anak2 dan suami selesa bila menggunakam tandas.Dulu dia mungkin seorang pengotor tapi dia berubah untuk sediakan rumah syurga untuk suami & anak2.
kau pernah nampak sampah sarap dalam rumah kau sepanjang kau balik? xde kan. sebab isteri kau lah menyapu & mengemas & mengemop selalu bagi bersih dan wangi bagi memastikan anak2 dan suami selesa berada di rumah. dia berusaha menjadikan rumah kau bagai syurga.
waktu makan dia hidang semua di atas meja dengan cantik agar anak2 dan suami berselera nak makan. ada kau tolong kemas balik meja setelah habis makan? tak kan? kau blah pi landing main game. lagi2 bulan puasa. kau biar bini kau kemas balik semua sehinggakan dia lewat untuk solat maghrib. suami jenis ape kau nie. syurga bawah telapak kaki kau tapi kau perangai macam iblis. bertolak ansur la dgn isteri.
dia kusam. pernah kau beli vitamin2 untuk dia jaga diri dia? x pernah kan? nafkah bulanan belum tentu kau bagi. duit barang dapur barang anak itu bukan termasuk dalam.nafkah utk seorang isteri eh. tolong faham. lepas tu kau tanya kenapa dia kusam. kalau boleh sental dengan clorox dia akan buat kalau boleh.
kau pernah nampak isteri kau tidur sebelum kau dan anak2 tidur? tak pernah kan? mungkin bila dia dah tak bernyawa baru kau dapat tengok dia tidur sebelum kau.
kau penah nampak dia keletihan melayan perangai raja kau tu? dia mungkin ikhlas buat semua tu. tapi hati dia mungkin remuk. isteri bukan mahukan harta kekayaan semata2 dari suami. kasih sayang dan perhatian merekea dahagakan. berilah mereka. suatu hari bila Allah menjemput dia..kau akan rasa betapa kau perlukan seorang isteri sebaik dan setabah dia utk melayan perangai dajal kau tu.
kau tanya kenapa tangan bini kau xmulus? kau muhasabah diri kau.
duhai suami
isteri itu amanah. bukan hamba. kekurangan dia kau lengkapilah. kelebihan dia kau hargailah.