salam.. admin aku menulis minta pendapat warga krt di sini.. intro tentang aku adalah seorang suami pada 2 orang isteri..aku seorang lelaki yang berbahagia dan amat2 bersyukur.. aku berkahwin dengan isteri pertama selama 12 tahun namun belum punya rezeki untuk dapat anak. lalu perkahwinan kedua aku di atur kan oleh isteri pertama aku kira nya perkahwinan kedua aku adalah terpaksa akibat di desak isteri aku.. isteri aku mengenali isteri kedua aku di pejabat nya. isteri kedua aku adalah seorang pekerja kotrak di pejabat isteri aku..
kisah isteri kedua aku ini seorang gadis yatim piatu tinggal dengan ibu sedara nya alkisah nya isteri kedua aku ni menjadi mangsa rogl oleh bapak dan abang sedara nya dan hidup die selalu teranaya oleh keluarga sedara nya.. keputusan isteri pertama aku mengahwin kan aku dengan isteri kedua aku adalah untuk membela nasib die… lalu aku pun berkahwin dengan isteri kedua aku walau tidak mempunyai perasaan terhadap dia… selepas kami berkahwin aku dan isteri kedua tetap tinggal di satu rumah bersama isteri pertama aku kerana itu permintaan isteri pertama aku setelah setahun aku berkahwin dengan isteri kedua aku dan belajar menerima dia dlm hidup aku alhamdulilah tahun kedua isteri kedua aku di sah kan hamil..
gembira yang teramat isteri pertama aku seolah2 dia yang hamil beria-ria isteri pertama aku membuat persiapan untuk anak yang bakal lahir nanti.. setalah setahun anak aku lahir isteri pertama aku pula di sah kan hamil.. aku bersyukur tidak terkata.. isteri kedua aku pula mengambil bahagian mengurus kan isteri pertama aku semasa dlm pantang.. kedua2 isteri aku hidup serperti adik beradik namun masalah yang menimpa sekarang adalah dari keluarga ayah, ibu dn mak abah mertua aku.. selepas isteri pertama aku melahirkan anak mereka meminta aku menceraikan isteri kedua aku..
untuk pengahtauan anda ayah dan ibu aku sangat2 menyangi isteri pertama aku.. namun tidak membantah ketika isteri pertama aku mahu mengawinkan aku dengan isteri kedua aku d lu.. namun kata ibu dan ayah aku aku dah punya anak dari isteri pertama aku maka ibu dan ayah aku paksa aku mencerai kan isteri kedua aku Ya allah.. sungguh aku tidak mampu isteri pertama aku pun tidak mengizin kan aku berbuat begitu.. hampir setiap malam isteri pertama aku menangis kerana di tekan oleh ibu ayh serta mak abah nya supaya aku mencerai kan isteri kedua aku..
akhir nya aku terpakasa mejadi anak derhaka melarikan diri bersama anak2 dan isteri2 aku bekerja di luar negara dan hampir setahun aku tidak menghubungi keluarga aku di sana.. maafkan aku demi menyelamat kan keluarga kecil aku ini aku terpaksa melawan ibu ayh aku… aku sayang kedua2 isteri serta anak2 aku.. maafkan aku ibu ayah.. betul ke keputusan yang aku buat ini… memang orang cakap ibu ayah tak boleh di ganti namun isteri2 aku lah yang separuh mati melahirkan zuriat aku..




